Photobucket
Photobucket
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Sunday, December 15, 2013

Bahaya gincu!!!!

PERHATIAN BUAT WANITA!!

Lelaki: Jangan lupa untuk share kepada isteri2, teman wanita, kawan2, rakan2.

Perempuan: Berhati-hati memilih gincu bibir.

Kajian Dr. Elizabeth Ayoub, perubatan dan biomolekul mengeluarkan amaran untuk gincu yang
 mengandungi plumbum, yang merupakan karsinogen.

Baru-baru ini jenama 'Red Earth' menurun harga gincu dari R $ 67,00 ke R $ 9,90!

Kenapa? Sebab ia mengandungi plumbum.
Jenama lain yang mengandungi plumbum adalah:

CLINIQUE
ESTÉE LAUDER
SHISEIDO
RED EARTH (Lip Gloss)
CHANEL (Lip Conditioner)
MARK AMERICA
MOTIVES
LIPSTICK
AVON

Semakin tinggi kandungan plumbum, risiko menjadi lebih besar menyebabkan kanser. 
Selepas ujian dilakukan ke atas gincu, bibir diperhatikan plumbum tertinggi terdapat dalam gincu keluaran AVON.
 Kita sepatutnya berwaspada pada penjagaan gincu. Jika gincu anda keras statik adalah disebabkan oleh
 tahap plumbum yang tinggi.

Ambil ujian ini:
1. Sapukan sedikit gincu pada tangan anda;
2. Letakkan cincin emas pada gincu di tangan anda;
3. Jika perubahan warna gincu kepada warna hitam, gincu anda mengandungi plumbum.

like and share untuk manfaat rakan yg lain
credit : Aliff Bin Bolhassan
Photo: PERHATIAN BUAT WANITA!!

Lelaki: Jangan lupa untuk share kepada isteri2, teman wanita, kawan2, rakan2.

Perempuan: Berhati-hati memilih gincu bibir.

Kajian Dr. Elizabeth Ayoub, perubatan dan biomolekul mengeluarkan amaran untuk gincu yang mengandungi plumbum, yang merupakan karsinogen.

Baru-baru ini jenama 'Red Earth' menurun harga gincu dari R $ 67,00 ke R $ 9,90!

Kenapa? Sebab ia mengandungi plumbum.
Jenama lain yang mengandungi plumbum adalah:

CLINIQUE
ESTÉE LAUDER
SHISEIDO
RED EARTH (Lip Gloss)
CHANEL (Lip Conditioner)
MARK AMERICA
MOTIVES
LIPSTICK
AVON

Semakin tinggi kandungan plumbum, risiko menjadi lebih besar menyebabkan kanser. Selepas ujian dilakukan ke atas gincu, bibir diperhatikan plumbum tertinggi terdapat dalam gincu keluaran AVON. Kita sepatutnya berwaspada pada penjagaan gincu. Jika gincu anda keras statik adalah disebabkan oleh tahap plumbum yang tinggi.

Ambil ujian ini:
1. Sapukan sedikit gincu pada tangan anda;
2. Letakkan cincin emas pada gincu di tangan anda;
3. Jika perubahan warna gincu kepada warna hitam, gincu anda mengandungi plumbum.

like and share untuk manfaat rakan yg lain
credit : Aliff Bin Bolhassan

Sunday, December 8, 2013

Di sebalik emas



Zarah yg wujud dlm emas mampu menembus ke dalam kulit melalui pori2 dan masuk ke dalam darah manusia. Jika seorang manusia mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka kesannya di dalam darah dan urine akan mengandung atom/zarah emas dalam kadar yang melebihi batas (dikenal dengan sebutan migrasi emas). Dan apabila ini terjadi dalam jangka waktu yang lama, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer. Ini adalah kerana zarah emas yg tidak di buang dalam jangka waktu yang lama dalam darah ini akan sampai ke otak dan memicu penyakit alzheimer.
Alzheimer adalah suatu penyakit di mana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fisik serta menyebabkan kembali seperti anak kecil. Alzheimer bukan penuaan normal,tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa. Antara yang terkena penyakit alzheimer adalah charles bronson, ralph waldo emerson, ronald reagan dan sugar ray robinson.
Akan tetapi, mengapa Islam memperbolehkan wanita untuk mengenakan emas?
Jawapannya adalah.. "Wanita tidak menderita masalah ini karena setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui menstruasi." itulah sebabnya islam mengharamkan lelaki memakai emas dan membolehkan wanita memakai perhiasan emas.
itulah antara sebab agama Islam melarang kaum lelaki memakai emas, ternyata hal ini telah diketahui Nabi Muhammad lebih 1400 tahun yang lalu padahal beliau tidak pernah belajar ilmu sains.
Dlm satu hadis nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam telah melarang kaum lelaki memakai emas walaupun cincin yg kecil.
Al-Bukhari dan Muslim masing-masing dari Al-Bara' bin Azib Radhiyallahu 'anhu, bahwa ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, maka beliau memintanya supaya menanggalkan cincinnya. (HR. Bukhori & Muslim) Wallahua'lam.

Saturday, December 7, 2013

Kelebihan Berhenti Merokok





Mereka yang pernah merokok, pernah merasa kehilangan keistimewaan kesihatan badannya tanpa dia sendiri sedari. Mereka yang pernah merokok dan telah mampu berhenti pula, pastinya bersyukur kerana diberikan kembali kehidupannya yang sebenar di mana lebih baik untuk semua perkara. Sesungguhnya tiada apapun kebaikan merokok selain hanya pembaziran, berbau busuk dan kurangnya sivik (menghisap rokok ditempat awam). 

Info Diet Dan Pemakanan Cara Rasulullah

Dalam Islam, Allah telah memilih Rasulullah SAW untuk menjadi model peranan kepada seluruh alam sejagat. Baginda juga turut membawa perkara yang boleh disifatkan sebagai penyempurna akhlak manusia (makarimal akhlak). Di antara perbuatan Rasulullah yang perlu diikuti dan hayati bersama adalah dari aspek etika diet Rasulullah ataupun tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW.

Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:

1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging.

2. Rasulullah tidak makan daging bersama ikan.

3. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.

4. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam.

5. Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.

6. Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.

7. Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.



8. Jangan makan buah bersama susu: – dalam erti kata lain koktel. Namun para saintis telah menemukan agar baik untuk menikmati khasiat susu bersama jus buah berkultur kerana jus susu kultur sedemikian baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan ketidakhadaman perut namun pengguna perlu memilih jenis jus susu kultur yang kurang kadar kemasamannya kerana kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.

9. Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat, gandum atau roti.


10. Rasulullah akan tidur sejam selepas makan tengahari.

11. Rasulullah melarang manusia untuk meninggalkan makan malam. Barangsiapa yang meninggalkan makan malamnya dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda.

12. Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu maka ia tidak digalakkan untuk mencampuri makanan tersebut dengan makanan laut misalnya udang, ikan dan sotong. Walau bagaimanapun, bercampuran makanan ini (antara makanan darat dan makanan laut) tidaklah boleh dianggap haram apabila dimakan bersama cuma ia mungkin membahayakan kesihatan.

13. Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah untuk mendapat penyakit. Berikutan perkara sedemikian, para ilmuan nutrisi telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion- (Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

14. Al-Quran mengajar manusia untuk mandi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. (sekitar pukul 4.00 hingga 6.00 pagi). Dengan cara ini, air yang sejuk mampu meresap kedalam badan sekaligus mengurangi masalah penimbunan lemak. Buktinya kebanyakan orang yang mandi pagi tidak gemuk.

15. Nabi melarang manusia makan dengan banyak dan melampau. Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang.

16. Nabi sentiasa mengamalkan meminum air dengan banyak, baginda meminta seseorang untuk sentiasa memenuhkan setengah ruang perutnya dengan air. Nabi juga mengamalkan minum air sejuk (bukan ais) yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah sukar untuk mendapat penyakit.

17. Nabi juga mengajar supaya manusia meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan. Nabi melarang manusia untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang untuk diminum. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bakteria yang merbahaya kepada manusia.

18. Rasulullah juga menyarankan untuk bersugi (memberus gigi) setiap kali untuk menunaikan solat. Rasulullah amat tidak menyukai kepada orang yang tidak bersugi setiap hari.

19. Nabi juga turut meminta untuk berwuduk setiap kali ingin membuat perkara suci seperti solat, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya.

20. Berdoa sebelum dan setelah makan. Cuci tangan sebelum dan selepas makan dan minum dengan memegang gelas dengan tangan kanan sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air sedangkan dalam sesi menjamah makanan, minum air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Minum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian awet muda.

21. Jangan disisakan sebutir nasi atau bahan makanan pun yang masih elok untuk dimakan, kerana makanan juga turut berzikir pada Allah SWT. Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang dari kamu makan, kemudian suapannya jatuh dari tangannya, hendaklah ia membersihkan apa yang kotor darinya lalu memakannya, dan janganlah ia membiarkannya untuk (dimakan) syaitan. (Silsilah hadits-hadits Shahih) no. 1404).

22. Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan berjemaah bersama keluarga, mahupun teman. Berkumpul untuk menjamahi hidangan dan makanan secara berjemaah adalah suatu yang dianjurkan bagi kaum Muslimin di samping akan mendapatkan keutamaan berdasarkan hadis berikut:

’Berjamaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut Nama Allah padanya, nescaya akan mengandungi berkat bagimu. (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).

Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan ia berkata: Hadis ini dikhabarkan oleh Rasulullah SAW, Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang. Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri". Orang itu menjawab: Benar, Ya Rasulullah! Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”

23. Sunnah Nabi Muhammad juga ada menyuruh untuk makan garam secuil sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit, dan ambil lagi secuil dengan jari manis tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun kayu chopstick. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.

24. Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga mengajar untuk kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan).

“Dan janganlah ia mengusap tangannya dengan mindil atau tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat". (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).

Berkata Imam Nawawi, tentang makna kaliamat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).

25. Bagi menghindari diri dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita bersujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut dan sekaligus membekalkan oksigen pada kadar yang sesuai pada otak manusia.

26. Nabi meminta umatnya untuk menjamah makanan dengan menggunakan Shahfah atau Qash’ah (talam/dulang) dan diletakkan di atas hamparan.

Makan berjamaah di atas hamparan dengan menggunakan Shahfah merupakan salah satu sunnah Nabi yang harus diikuti: "tidaklah makan diatas meja makan dan tidak pula menggunakan Sukurrajah" (Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dalam Syamail, sahih Bukhari no. 5386 dalam kitab Fathul Bari 9/532).

Ibnu Hajar berkata: “Guru kami berkata dalam (Syarah at-Tirmidzi): “Sukurrajah itu tidak digunakan kerana mereka (Rasulullah dan para sahabat) tidak pernah menggunakannya, sebab kebiasaan mereka makan bersama-sama (dengan Shahfa-pent) atau kerana makan dengan menggunakan sukurrajah itu menjadikan mereka tidak merasa kenyang". (Al-Fath 9/532).

27. Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan keluarganya, memakan anjing dan keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracaun dan berbahaya. Islam juga melarang umat manusia untuk memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya). Serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun adalah haram dalam Islam.

28. Rasulullah melarang untuk manusia tidur sesudah subuh (sesudah solat subuh sekitar pukul 6.00 pagi sehingga solat Dhuha dalam pukul 8.00 pagi) kerana rezeki yang berkat mula hadir ketika waktu tersebut. Rasulullah juga melarang untuk manusia tidur selepas solat Asar (dari sekitar pukul 4.00 ptg sehingga habis menunaikan solat Isyak sekitar pukul 8.00 dan 9.00 mlm).

29. Rasulullah menggalakkan umat Islam untuk bangun menunaikan Qiyamullail bermula sekitar pukul 3.00 pagi hingga masuk waktu solat subuh).

30. Islam mewajibkan penganutnya untuk berpuasa pada bulan Ramadhan selama sebulan serta disunatkan berpuasa pada hari-hari yang disunatkan berpuasa bagi menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.

31. Apabila berpuasa, makan sahur (sekurang-kurangnya meminum segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu subuh adalah diperlukan bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa). Manakala apabila berbuka puasa pada waktu sebelah Maghrib pula adalah perlu disegerakan dengan memakan manisan terlebih dahulu).

Wallahualam...

10 Kebaikan Air Alkali Untuk Badan


Air ALKALI dalam tubuh di antaranya berfungsi menjaga kesegaran, membantu pencernaan dan mengeluarkan toksin. Namun, korang tahu tak bahawa banyak manfaat yang diperolehi daripada Air ALKALI (alkaline water), selain nikmatnya kesegaran. Ramai orang yang tidak mengetahui khasiat air alkali selain untuk menghilangkan dahaga saja. Air alkali dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit dengan cara yang mudah dan murah. Berikut merupakan 10 manfaat air alkali yang mungkin dapat kita jadikan panduan dan sumber air minuman seharian kita.

1. Memperlancar Sistem Pencernaan

Mengkonsumsi air alkali dalam jumlah cukup setiap hari akan memperlancar sistem pencernaan sehingga kita akan terhindari dari masalah-masalah pencernaan seperti sembelit. Pembakaran kalori juga akan berjalan secara lebih efisien.

2. Air Alkali Membantu Memperlambat Tumbuhnya Zat-Zat Penyebab Kanser


Meminum air alkali membantu mencegah penyakit ginjal/masalah buah pinggang dan hati. Minum air alkali akan membuat tubuh lebih bertenaga.

3. Perawatan Kecantikan

Bila kurang minum air alkali, tubuh akan menyerap kandungan air dalam kulit sehingga kulit menjadi kering dan berkerut. Selain itu, air alkali dapat melindungi kulit dari luar, sekaligus melembabkan dan menyihatkan kulit. Untuk menjaga kecantikan pun, kebersihan tubuh pun harus benar-benar diperhatikan, ditambah lagi minum air putih 8 – 10 gelas sehari.

4. Untuk Kesuburan


Meningkatkan produksi hormon testosteron pada pria serta hormon estrogen pada wanita. Menurut hasil penelitian dari sebuah lembaga penyelidikan di London, England , jika seseorang selalu mandi dengan air dingin maka peredaran darahnya lancar dan tubuh terasa lebih segar dan bugar. Mandi dengan air alkali dingin akan meningkatkan produksi sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan kemampuan seseorang terhadap serangan virus.

Bahkan, mandi di waktu pagi dapat meningkatkan produksi hormon testosteron pada lelaki serta hormon estrogen pada wanita. Dengan begitu kesuburan serta kegairahan seksual pun akan meningkat. Selain itu jaringan kulit membaik, kuku lebih sihat dan kuat, tak mudah retak. Oleh itu biasakan mandi pagi dengan air pagi yang segar.

5. Menyihatkan Jantung


Air alkali juga diyakini dapat membantu menyembuhkan penyakit jantung, rematik, kerosakan kulit, penyakit saluran papas, usus, dan penyakit kewanitaan. Bahkan saat ini cukup banyak pengubatan altenatif yang memanfaatkan kebaikan dan keberkesanan air kosong. 

6. Sebagai Ubat Stroke

Air alkali tak hanya digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit kulit, tapi juga efektif untuk mengubati lumpuh, seperti akibat stroke. Sebab, air tersebut dapat membantu memperkuat kembali otot-otot dan ligamen serta memperlancar sistem peredaran darah dan sistem pernafasan, meningkatkan pengaliran darah dan oksigenisasi jaringan, sehingga mencegah kekakuan otot, menghilangkan rasa nyeri serta menenangkan fikiran. Kandungan ion-ion terutama khlor, magnesium, hidrogen karbonat dan sulfat dalam air panas, membantu pelebaran pembuluh darah sehingga meningkatkan pengaliran darah. Selain itu pH airnya mampu mensterilkan kulit.

7. Efek Relaksasi

Air alkali mengandung ion negatif mampu meredakan rasa sakit, meneutralkan racun, memerangi penyakit, serta membantu menyerap dan memanfaatkan oksigen. Ion negatif dalam aliran darah akan mempercepat penghantaran oksigen ke dalam sel dan jaringan.

Bukan itu saja jika mengalami ketegangan otot dapat dilegakan dengan mandi air hangat bersuhu sekitar 37 darjah Celcius. Selagi kaki terasa pegal kita sering dianjurkan untuk merendam kaki dengan air hangat dicampur sedikit garam. Nah, jika memilik shower di rumah cubalah mandi dan nikmati hasilnya. Konon, shower juga menghasilkan ion negatif.

8. Menguruskan Badan

Air alkali juga bersifat menghilangkan kotoran-kotoran dalam tubuh yang akan lebih cepat keluar melalui air kencing. Bagi yang ingin menguruskan badan pun, minum air alkali hangat sebelum makan (sehingga merasa agak kenyang) merupakan satu cara untuk mengurangi jumlah makanan yang masuk. Apalagi air alkali ini tidak mengandung kalori, gula, ataupun lemak. Namun yang terbaik adalah minum pada suhu sedang, tidak terlalu panas, dan tidak terlalu dingin. Mahu kurus?, minum air alkali saja.

9. Tubuh Lebih Bugar


Khasiat air alkali tak hanya untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin lebih dapat bertahan kekurangan makan beberapa hari ketimbang kurang air. Sebab, air merupakan bagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

10. Penyeimbang tubuh

Jumlah air yang menurun dalam tubuh, fungsi organ-organ tubuh juga akan menurun dan lebih mudah terganggu oleh bakteria, virus. Namun, tubuh manusia mempunyai mekanisme dalam mempertahankan keseimbangan pengambilan air yang masuk dan yang dikeluarkan. Rasa haus pada setiap orang merupakan mekanisme normal dalam mempertahankan asupan air dalam tubuh. Air yang diperlukan tubuh kira-kira 2-2,5 l (8 – 10 gelas) per hari. Jumlah keperluan air ini sudah termasuk pengambilan air dari makanan (seperti dari kuah sup, soto), minuman seperti susu, teh, kopi, sirup. Selain itu, pengambilan air juga diperoleh dari hasil metabolisme makanan yang dikonsumsi dan metabolisme jaringan di dalam tubuh.

Air juga dikeluarkan tubuh melalui air kencing dan peluh. Jumlah air yang dikeluarkan tubuh melalui air kencing sekitar 1 liter per hari. Kalau jumlah najis yang dikeluarkan oleh orang sihat sekitar 50 – 400 g/hari, kandungan aimya sekitar 60 – 90 % berat najis pejal atau sekitar 50 – 60 ml air sehari.

Sedangkan, air yang terbuang melalui peluh dan saluran nafas dalam sehari maksimum 1 liter, tergantung suhu udara sekitar. Belum lagi faktor pengeluaran air melalui pernafasan. Seseorang yang mengalami demam, kandungan air dalam nafasnya akan meningkat. Sebaliknya, jumlah air yang dihirup melalui nafas berkurang akibat rendahnya kelembapan udara di sekitarnya.

Tubuh akan menurun kondisinya bila kadar air menurun dan kita tidak segera memenuhi keperluan air tubuh tersebut. Kardiolog dari AS, Dr James M. Rippe menyarankan agar minum air paling sedikit seliter lebih banyak dari apa yang diperlukan rasa haus kita. Sebabnya, kehilangan 4% cairan saja akan mengakibatkan penurunan prestasi kita sebanyak 22 %! Maksudnya, jika kita kehilangan 7% air, kita akan mulai merasa lemah dan lesu.

Semakin banyak aktiviti harian, maka sudah tentu lebih banyak pula air yang keluar dari tubuh kita. Oleh itu, pakar kesihatan mengingatkan agar jangan hanya minum bila terasa haus. Biasakan meminum air (terutama air kosong) dengan banyak, tidak kira semasa haus atau tidak kerana ianya merupakan satu tindakan yang sihat!

Jika berada di ruang berhawa dingin, dianjurkan untuk minum lebih banyak air kerana udara yang dingin akan menyebabkan tubuh cepat mengalami dehidrasi. Banyak minum air juga akan membantu kulit tidak cepat kering. Di ruang yang suhunya tidak tetap pun dianjurkan untuk membiasakan minum meski tidak terasa haus untuk menyeimbangkan suhu.