Photobucket
Photobucket
Showing posts with label Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Luar Negara. Show all posts

Saturday, December 7, 2013

Artis terkaya 2013!

Robert Downey Jr

SIAPAKAH artis terkaya dunia tahun 2013? Berdasarkan majalah bisnes dunia, Forbes menyatakan bahawa artis yang memperoleh pendapatan tertinggi tahun ini adalah penyanyi terkenal, Madonna.

Perkara tersebut berdasarkan jumlah pendapatan yang diterima melalui konsert, jualan lagu atau filem box office. Jom lihat senarai 10 artis terkaya.

1)  Madonna

Pendapatan Madonna yang mencapai AS$125 juta setahun! Sumber utama pendapatannya itu datang daripada konsert MDNA Tour yang menjelajah satu dunia. Dalam masa yang sama, dia juga mempromosikan albumnya yang ke-12. Satu taktik promosi bijak dan berkesan. Apatah lagi, hasil jualan dan konsert jelajahnya menghasilkan RM1,115 juta. Meskipun usianya menjangkau 55 tahun namun penyanyi lagu Celebration itu masih lagi aktif menyanyi dan berlakon. Tidak hairanlah, ibu kepada empat cahaya mata itu terkenal seluruh dunia.

2 ) Lady Gaga

Siapa yang tidak mengenali penyanyi yang gemar berpakaian pelik setiap kali muncul di khalayak ramai, Lady Gaga. Biarpun pernah terlibat dengan penggunaan dadah namun pelantun Applause itu sangat berbakat dan unik. Walaupun masih muda, Gaga berjaya menawan dunia dengan muziknya yang kontroversi seperti Alejandro sehingga memperolehi RM594 juta pada tahun ini. Tidak disangka, dropout dari Universiti New York berjaya dalam hidupnya sekali gus berada di takhta kedua, artis paling kaya dunia.

3)  Robert Downey Jr

Ikon filem Iron Man, Robert Downey Jr memperolehi pendapatannya melalui lakonan hebat dalam beberapa filem seperti Tropic Thunder dan Sherlock Holmes. Aktor berusia 48 tahun itu menghasilkan pendapatan sebanyak RM248 juta. Kekayaannya itu diperoleh melalui hasil lakonannya dalam beberapa filem box ofiicenya.

4)  Toby Keith

Nama Keith mungkin  tidak sepopular Madonna, Bonjovi mahupun Lady Gaga. Tetapi bagaimana penyanyi berusia 52 tahun itu mampu berada antara mereka teratas? Jawapannya, melalui lima tahun terakhir hasil jualan CD albumnya, ratusan konsert dan 18 buah restoren miliknya. Dia berjaya mengumpul RM215 juta di Amerika Syarikat.

5)  Channing Tatum

Jejaka kelahiran Alabama, Amerika Syarikat bukan sahaja dikenali sebagai aktor berbakat tetapi mempunyai minda cerdas sebagai ahli perniagaan. Kerjaya seninya berjalan dengan lancar sehingga diberi kepercayaan untuk menjadi tunjang utama filem seperti Step Up, G.I. Joe: The Rise of Cobra, Dear John, The Vow, 21 Jump Street dan Magic Mike. Selain itu, dia bijak mengatur masa depannya supaya tidak bergantung dengan lakonan sahaja. Dia bersama produser, Steven Soderbegh membiayai sendiri filem Magic Mike sehingga berjaya membawa pulangan yang agak tinggi. Dia memperoleh pendapatan sebanyak RM198 juta.

6)  Justin Bieber

Artis kelahiran Youtube, Justin Bieber memulakan kerjaya nyanyian dalam usia yang sangat muda. Lagu Baby berjaya menaikkan nama sehingga bergelar jutawan sebelum umur menginjak 20 tahun. Pendapatan yang dimilikinya mencapai RM191 juta sepanjang kerjaya seninya. Malah remaja kelahiran Kanada itu juga mempunyai peminat paling ramai sehingga akaun Twitternya mencapai 20 juta pengikut.

7)  Taylor Swift

Walaupun dirinya sering dilanda musibah dalam percintaan namun penyanyi cantik ini tidak terjejas dengan kontroversi tersebut. Kegagalan yang dilaluinya itu dianggap sebagai pembakar semangat sehingga kesemua lagu dalam album keempatnya, Red merupakan hasil ciptaannya. Album tersebut dijual sebanyak 1.2 juta salinan pada Oktober 2012. Hasil jualan albumnya itu, Swift menerima RM182 juta pendapatan tahun ini.

8)  Hugh Jackman

Menerusi siri filem X-Men yang bermula 2000, Jackman mula terkenal dengan watak Logan atau Wolverine. Membintangi tujuh siri filem tersebut sepanjang 14 tahun penglibatannya, dia menerima pendapatan RM182 juta. Bukan itu sahaja, filem box office seperti Van Helsing, Real Steel dan Les Misérables.

9)  Beyonce

Biarpun meninggalkan dunia hiburan selama setahun, Beyonce sanggup bercuti demi menumpukan sepenuh perhatian terhadap si kecil, Ivy Blue, 1. Selepas berehat, dia kembali memeriahkan arena seni dengan konsert jelajahnya, Mrs. Carter World Tour. Hasil daripada konsert tersebut, isteri kepada rapper, Jay-Z itu memperoleh pendapatan sebanyak RM175 juta.

10)  Kenny Chesney

Mungkin ramai tidak mengenali penyanyi berusia 45 tahun yang berasal dari Tennessee, Amerika Syarikat. Namun Kenny Chesney bukan calang-calang penyanyi kerana hasil daripada Flip Flop Summer Tour (2007) merupakan pendapatan tertinggi bagi konsert jelajahnya. Malah dia mampu bersaing dengan beberapa nama besar Jay-Z, Katty Perry, atau Rihanna. Tahun ini dia menerima RM175 pendapatan hasil jualan tiket konsertnya sahaja.

VIDEO ARTIS DIRABA PEMINAT




Seorang artis wanita, Yan Yinhong telah diserang dan diraba oleh dua lelaki di Ha’an, semenanjung Jiangsu, ketika sedang melakukan persembahan ‘One Person’s Battlefield’. Persembahan tersebut bertujuan untuk membankitkan kesedaran masyarakat mengenai kekejaman terhadap wanita.



The New York Times melaporkan:

Serangan tersebut berlaku ketika persembahan apabila seorang lelaki muncul untuk meraba dan menciumnya namun beliau sempat mengelak. Walaupun sempat mengelak, lelaki berkenaan menolaknya hingga jatuh ke lantai dan terusk menyelak skirt yang dipakainya. Penonton pada ketika itu hanya menlihat kejadian berkenaan, malah ada yang bertindak merakamnya.




Adakah beliau melaporkannya kepada polis? Tidak: “Bagaimana kamu mahu melaporkannya di sini?” katanya.

“Pada saya, kemunculan mereka berdua menunjukkan betapa kejinya segelintir masyarakat kita yang semakin rosak,” kata Ms Yan melalui temuramah melalui telefon.

“Ianya sesuatu yang amat memalukan,” kata Cheng Meixin, seorang pengkritik seni bebas dan kurator serta penganjur Forum Seni Kontemporari dan Ideologi Hai’an di China di mana kejadian tersebut berlaku.

“Ianya tidak patut berlaku,” tambahnya lagi.

Namun begitu, terdapat beberapa pendapat yang mengatakan perlakuan tersebut telah pun dirancang untuk menjayakan persembahan tersebut.

Friday, December 6, 2013

Panas!!!! Pelakon ini Sanggup Jadi Pelacur

blurSoo Wincci Sanggup Jadi Pelacur demi filem

Bukan sengaja cerita ini direka-reka, tetapi hal ini diakui sendiri. Namun Pelakon ini punya sebab tersediri mengapa dia melakukan pekerjaan tersebut. Bukan dia sengaja menjerumuskan diri dalam kegiatan itu, tetapi kata penyanyi dan pelakon yang semakin puya rama peminat Melayu dan juga peminat di Taiwan ini, apa yang dilakukan kerana terpaksa.
 Soo Wincci Sanggup Jadi Pelacur demi filem
Tapi kenapa? Sebenarnya, itu antara inisiatif Wincci bagi ‘mendapatkan’ jiwa seorang pelacur sebelum dia masuk ke set filem Sindiket. Saat membaca skrip, dia sudah dapat merasakan yang watak Jean sangat mencabar kewibawaannya sebagai pelakon juga seorang figura umum yang bernama Soo Wincci.
Justeru demi menghidupkan watak mak ayam dalam filem arahan Bade Haji Azmi itu, Wincci memberitahu dia melakukan beberapa homework terlebih dahulu. Antaranya dia sanggup menyamar menjadi pelacur di pusat karaoke di sekitar Kuala Lumpur.
“Watak ni memang mencabar bagi saya. Sebab kali ini bakal menampilkan personaliti yang berbeza. Saya perlu menjadi seorang yang lari jauh dari imej Soo Wincci ataupun bekas ratu cantik. Kalau untuk drama Cina, pernah juga saya bawa watak berat seperti watak perempuan gila. Tetapi kali ini lebih mencabar iaitu seorang pelacur dan kemudian menjadi mak ayam.
“Jadi saya beritahu kawan saya yang saya nak pergi ke tempat seperti di jalan Chow Kit yang memang kita tahu ada kegiatan sebegitu di sana. Saya boleh lah lihat sendiri cara golongan itu bekerja dan suasana tempat itu. Tapi kawan saya kata di sana sudah kurang kegiatan-kegiatan macam tu. Jadi kawan saya cadangkan saya pergi ke KTV (pusat karaoke) tapi kita cari KTV-KTV yang high class lah.
“Di sana saya kena menyamar sebagai pelacur. Rasa takut juga. Walaupun menyamar tapi saya memang buat homework ni betul-betul. Saya minta bantuan dikalangan kawan-kawan lelaki saya, saya suruh mereka temankan saya. Saya buat seperti melayan mereka, padahal semua yang kami lakukan hanyalah pura-pura. Daripada hasil homework itu, saya perlu buat satu laporan dan berikan pada pengarah”, jelasnya.
Filem Sindiket telah bermula penggambarannya di Kundasang, Sabah sejak 6 Jun lalu. Mengetengahkan isu Pemerdangan Manusia atau ‘Human Trafficking’, filem aksi yang menelan kos sebanyak RM3 juta ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti, Sharnaaz Ahmad, Liyana Jasmay, Sharifah Amani, Daphne Iking, Tony Eusoff dan Rashidi Ishak. Pertama kali melibatkan diri dalam lakonan filem Berbahasa Malaysia, Wincci berkata itu yang membuatkan dia teruja dan tidak berfikir panjang saat ditawarkan oleh Bade. Malah dia sanggup bercuti dari menjalankan aktiviti seninya di Taiwan selama sebulan setengah bagi memberi komitmen sepenuhnya terhadap penggambaran filem ini.
Dalam pada itu Wincci berharap watak kali ini dapat memberi kesan yang positif terhadap karier lakonannya. Malah dia sudah bersedia untuk menerima kritikan, kelak. “Walaupun ini kali pertama bawa watak seperti itu, tapi secara jujurnya saya amat teruja untuk lakukannya.
Saya akan gunakan peluang yang ada untuk menimba ilmu dan memperbaiki lakonan saya pada tahap yang lebih baik. Dan mengharapkan masyarakat dapat menerima lakonan saya. Saya sudah bersedia dan pada saya, saya lebih suka kritikan daripada pujian,” katanya. -MD

Tuesday, December 3, 2013

Gambar Nampak Lurah Buah Dada Bunga Cinta Lestari


Rasa nak tergelak pun ada jugak bila melihat gambar Bunga Cinta Lestari tanpa make up dan aksi diamenayangkan nasik lemak 20 sennya itu.
Lagi 4 gambar seksi Bunga Cinta Lestari memperlihatkan lurah buah dadanya tanpa segan silu dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

RAKAMAN CCTV KEMALANGAN PAUL WALKER TERSEBAR

Ingatkan cerita tentang kematian pelakon Hollywood Paul Walker akan reda selepas beberapa hari kematiannya, namun sangkaan itu nyata meleset. Ini kerana, ada pihak yang bikin panas mengatakan pelakon itu tidak mati dan pelbagai cerita mengarut yang jelas menggambarkan 'kecetekan akal' mereka. 

Terkini, sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kemalangan tersebut pula tersebar hangat dialam maya. 

 



Rakaman CCTV tersebut memperlihatkan bagaimana asam hitam berkepul-kepul di udara sebaik kemalangan terjadi sehingga turut menampakkan ledakan seperti bola api ke angkasa. 

Pastinya dengan letupan sebegitu, bintang Fast And The Furious bersama rakannya yang terlibat dalam kemalangan di Santa Clarica, California, Amerika Syarikat itu tiada peluang untuk selamat. 


VIDEO KLIP KEMALANGAN

 


ATAU KLIK LINK UNTUK TONTON 

Read more: http://www.myartis.com/2013/12/rakaman-cctv-kemalangan-paul-walker.html#ixzz2mTF2lFw2

Monday, December 2, 2013

Top 10 Artis Seksi Dan Popular Dunia Maya 2012

Ranking popular ini dari carian google dengan mengira kekerapan nama artis tersebut di cari


1.Lady Gaga

2.Kesha

3.Madonna


4.Beyonce


5.Rihanna



6.Britney Spears


pelik tp benar.. mamat ni tersenarai juga
7.Justin Bieber

8.Miley Cyrus

9.Paris Hilton


Selebriti Hollywood Yang Tidak Memakai Pakaian Dalam Di Red Carpet

Selebriti Yang Tidak Memakai Pakaian Dalam Di Red Carpet





Thursday, November 28, 2013

Gambar-Gambar Artis Indonesia Yang Kelihatan Seluar Dalamnya


Setelah artis Aura Kasih yang hebat diberitakan akibat keteledorannya yang bergambar dan terlihat seluar dalamnya, ternyata tak hanya Aura kasih saja yang tak sengaja terlihat seluar dalamannya. Beberapa artis ini pun juga mengalami hal yang sama.

Selebriti ini boleh dikatakan para selebriti terkenal. Dengan cara duduk yang salah perkara besar boleh saja terjadi, seperti ini contohnya.