Photobucket
Photobucket
Showing posts with label Tempatan. Show all posts
Showing posts with label Tempatan. Show all posts

Tuesday, January 21, 2014

PANAS! Ammar Alfian Dedah sudah Rasa Puteri Sarah Liyana!



PANAS! Ammar Alfian Dedah sudah Rasa Puteri Sarah Liyana!

Agak kasar artikel kali ini, namun inilah yang terjadi apabila Ammar Alfian seorang model yang cemburu kerana bekas kekasihnya kini bercinta dengan Syamsul Yusof.



Menurut sumber kami yang juga merupakan rakan baik kepada Ammar Alfian & Puteri Sarah Liyana sebelum ini, punca sebenar pendedahan yang dilakukan tidak lain kerana bermotifkan sifat cemburu terhadap apa yang dimiliki bekas kekasihnya itu kini.

Banyak post lepas geram Ammar Alfian di twitternya sendiri. Tulisan itu bagaimana pun telah dipadam daripada akaun Twitter beliau tidak lama selepas itu. Anda boleh baca melalui screenshot yang sempat kami ambil dibawah — dan beberapa tulisan lain.


Saturday, January 18, 2014

Zizan Razak & Ally Iskandar Hentam PM Pasal Kangkung?

Kecoh media hiburan apabila beberapa artis dikatakan mula menghentam Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib mengenai Isu Kangkung. Screenshot status di akaun laman sosial telah tersebar dan di jadikan parodi oleh ramai blogger dan pengamal media sosial.

Antara artis yang di dakwa menghentam PM ialah pelawak terkenal Zizan Razak dan pengacara terkenal Ally Iskandar





Namun setelah melakukan sedikit semakan di laman media sosial, nampaknya ia bukanlah milik official/rasmi artis yang di dakwa menghentam PM. Sebaliknya kedua-dua page adalah page parody artis yang sengaja digunakan untuk menarik para peminat hiburan dan seterusnya menggunkan untuk tujuan lain seperti isu ini.

Page-page parody sebegini mempunyai followers dan fans yang ramai berikutan populariti artis berkenaan. Namun, ia akan memberikan persepsi negatif kepada tuan empunya badan. Pasti ramai peminat hiburan yang menjauhkan artis sebegi walaupun page itu tudak emlambangkan diri mereka yang sebenar.

Apakah respon dari Zizan Razak dan Ally Iskandar mengenai isu ini?

Ustaz Don Timang Cahaya Mata Pertama

Sekalung tahniah diucapkan buat pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Bijayid dan isterinya, Husna Mohd Zahry yang telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka, malam tadi.
Berita gembira itu dikongsikan Ustaz Don menerusi laman Facebooknya dengan menulis, “bayi selamat dilahirkan pada jam 4.25 petang sini, 10.25 malam di Malaysia”.
Husna bersalin di Mesir berikutan masih lagi melanjutkan pelajaran di sana dan akan kembali ke tanah air untuk berpantang penghujung bulan ini.
Walau bagaimanapun, Ustaz Don tidak menyatakan pula jantina anaknya, sebaliknya mengatakan bayi seberat 3.55 kilogram itu kini berada dalam keadaan normal dan sihat.
Untuk makluman, pasangan ini diijabkabulkan pada 23 Ogos 2012 di kampung halaman Husna yang terletak di Pulau Pinang.
Tahniah buat pasangan ibu bapa baharu ini!

Friday, January 17, 2014

Rozita Che Wan Berang Lelaki Menyamar Dirinya Tempah 70 Pasang Baju Pengantin


Kuala Lumpur: "Saya buat laporan polis bagi membersihkan nama saya bagi menghalang lelaki itu daripada terus menipu orang lain pula" kata Rozita Che Wan mengenai lelaki menyamar sebagai dirnya dan memperdaya pereka fesyen sehingga kerugian RM19,000.

Rozita, 40, yang mendakwa kenal identiti individu di sebalik perbuatan itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, dekat sini, jam 7.30 malam tadi.

Menurutnya, kegiatan penipuan individu itu sampai ke pengetahuan selepas seorang pereka fesyen memintanya bayaran RM19,000 melalui akaun Instagram baru-baru ini bayaran 70 pasang baju pengantin.

Rozita yang mesra dengan panggilan Che Ta berkata, pereka fesyen itu memberitahu menerima tempahan baju pengantin daripanya untuk majlis persandingannya di Kedah.

"Padahal saya tak buat majlis bersanding di Kedah. Saya percaya lelki penipu itu menggodam akaun Instagram saya dan menyamar sebagai saya untuk tempahan dengan pereka fesyen terbabit.

Wednesday, January 8, 2014

Nafi Dakwaan Khalwat, Neelofa Tampil Tunjukkan Bukti

Walaupun Neelofa sudah membuat penafian mengenai dakwaan khalwat dengan VVIP yang dilontarkan terhadapnya baru-baru ini, nampak gayanya masih ada tuduhan terus dilemparkan kepada Neelofa. Memang sukar untuk membuatkan orang percaya kepada kita dengan hanya kata-kata. Oleh kerana itu, Neelofa menerusi akaun Instagramnya telah pun menunjukkan bukti untuk memuaskan hati semua pihak.
































Bukti yang dipamerkan diatas adalah pembelian tiket kapal terbangnnya ke Amerika Syarikat. Kami difahamakan, Neelofa ke sana untuk menyambung pelajarannya. Neelofa turut membuat sedikit penerangan kepada mereka yang terus menerus memfitnahnya:-


Untuk mereka yang menganggap yang kononnya sy “LARI” selepas dituduh dgn fitnah kes khalwat pada 26th Dec 2013. Ini adalah receipt sy yang tertera ISSUE DATE: 18Dec2013 TIME: 12.37pm Dan sekali lagi, kalau betul saya terlibat dgn tuduhan yg tak masuk akal itu, pastinya sy tidak dapat ke luar negara dan harus ditahan utk selesaikan kes tersebut. Bagi mereka yg memang mengikuti perjalanan kerjaya sy, cerita tentang sy mengambil short course in acting di New York Film Academy – LA campus dah mula keluar dari bulan October.

Tuesday, January 7, 2014

Johan Raja Lawak Menang Saman RM1 Juta

Johan Raja Lawak berjaya memenangi saman RM1 juta ke atas Juara Film Production Sdn. Bhd. dan pengarah, Mohd. Javed Mohd. Nizar. Keputusan itu telah diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam.  Johan memenangi saman tersebut akibat kecederaan di dahi yang dialaminya selepas dibaling gelas kaca.
johan menang saman
Kejadian ini telah berlaku pada tahun 2010. Pada Jun 2010 lalu, Javed telah membaling gelas kaca ke arah Johan sehingga mengalami kecederaan di bahagian dahinya ketika sedang berbincang di sebuah restoran. Johan mengambil keputusan untuk menyaman Javed berikutan tindakan pengarah berusia 33 tahun dan menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta.
johan menang saman
Javed turut dituntut agar meminta maaf secara terbuka dan menarik balik surat dan email yang diedarkan kepada persatuan-persatuan dan media bagi menjelaskan keadaan tersebut serta merta mengenai berita palsu mengenainya. Ozlynn Wati Ismail atau Ozlynn yang mempertahankan suaminya daripada terus menjadi mangsa pukul, turut ditendang di beberapa bahagian badan!
johan menang saman
Pada 10 Mei lalu kira-kira jam 7.30 malam, saya dapat panggilan telefon memaklumkan ibu saya sudah meninggal dunia. Saya minta habiskan dulu babak pada malam itu sebelum saya pulang ke Kuala Lumpur. Namun, Javed buat keputusan menamatkan penggambaran pada malam itu dan sambung semula keesokan hari.
“Alhamdulillah, saya sempat menyempurnakan jenazah arwah ibu dan semalaman saya tidak berpeluang melelapkan mata. Javed memaklumkan kepada saya, apabila saya dalam perjalanan ke Seremban keesokan hari, telefon dia, namun panggilan yang dibuat tiada jawapan. Saya dan Ozlynn dah sampai ke lokasi, babak malam yang dibuat di sebuah rumah. Tapi, tak ada siapa pun di situ.
“Sementara menunggu kru lain yang masih on-call, saya dan isteri tidur dulu dalam kereta, maklum sajalah kepenatan, semalaman tak tidur. Namun, anak pemilik rumah berkenaan, ketuk cermin kereta dan meminta kami supaya tidur saja dalam rumah mereka. Akhirnya seorang kru mengejutkan kami, memaklumkan pengarah nak jumpa bincang pasal skrip.
“Namun, saya dan Ozlynn tertidur semula dan sekali lagi kru berkenaan mengejutkan kami 30 minit kemudian, memaklumkan pengarah dah tunggu lama. Saya yang dalam keadaan ‘mamai’ terus ke restoran yang terletak tidak jauh dari rumah berkenaan. Saya terus duduk depan Javed. Namun, saya diarahkan bertukar tempat secara kasar.
‘Dua tumbukan ke muka saya’
“Seorang kru yang mendakwa dirinya Pengurus Produksi mengetuk tangan saya, dia terus tanya ‘kau nak lama ke sekejap dalam industri ni?’ Tak ada langsung bincang pasal skrip. Jawapan saya, ‘apa hal ni?’ Dia tanya lagi, ‘aku tanya, jawablah…’ saya pun balas ‘apa pasal?’ Ketika itulah Javed memaki hamun saya, dia ambil gelas dah terus baling ke muka saya!
Namun, menerusi laporan Harian Metro terbitan 26 Mei lalu, Javed mendakwa kecederaan di muka Johan bukan disebabkan terkena balingan gelas sebaliknya serpihan kaca yang terpelanting akibat dihempas pengarah berkenaan yang berang dengan sikap pelawak dan pengacara itu.
“Kalau sekadar terkena serpihan kaca yang terpelanting, takkan dalam lukanya… Saya bertemu wartawan hari ini lengkap bersama bukti bergambar. Luka ini bukan disebabkan serpihan kaca. Javed membaling gelas tepat mengenai muka saya. Ketika itu darah dah memancut keluar. Dalam masa sama, Ozlynn menekup luka di dahi saya. Javed pula dah baling meja, manakala Ozlynn cuba menghalang diri saya daripada terus dikasari.
“Ketika itulah isteri saya ditendang! Saya cuba mempertahankannya, manakala dua tumbukan pula singgah di muka saya. Kami akhirnya sempat menyelamatkan diri dengan bantuan orang ramai,” kata Johan menceritakan kedudukan perkara sebenar.
Nafi cium isteri di set
Berdasarkan e-mel yang dikirim Javed kepada wakil SENIMAN, selain mendakwa Johan tidak berdisiplin gara-gara kelewatan yang melampau sehingga mengganggu penggambaran, dia juga menyelar sikap pelawak berkenaan kerana tidak ada kesedaran sivik apabila tidak menghormati persekitaran lokasi dengan aksi berpelukan dan bercium dengan isterinya di set penggambaran iaitu di rumah orang Islam!
“Memang isteri memeluk saya apabila saya menerima perkhabaran ibu sudah meninggal dunia. Tapi, saya tak nafikan, saya sering memeluk dan mencium isteri saya, namun bukannya di set penggambaran.
“Apa yang didakwanya tidak pernah berlaku di lokasi! Mengenai dakwaan saya lewat melampau, ingin saya jelaskan, saya baru saja memulakan penggambaran bersama produksi berkenaan selama dua hari.
Hari pertama, babak malam, saya sampai 7.30 malam, hari belum gelap. Hari kedua, saya tiba pagi, set tak siap lagi. Saya pula bukan untuk babak pertama, dia perlu buat penggambaran babak orang lain dulu. Justeru, bagaimana pula Javed mendakwa saya lewat?,” soal Johan kembali.
Pada masa sama, Johan turut menafikan segala isi kandungan e-mel dikirim Javed kepada wakil SENIMAN yang mendakwanya dengan pelbagai tuduhan.

Monday, December 23, 2013

Perkahwinan Safee Sali dengan Gadis Indonesia

Tahniah diucapkan kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali yang telah sah bergelar suami kepada Sasha. Untuk makluman, Sasha berasal dari Indonesia, Majlis pernikahan telah berlangsung semalam, 21 Disember kira-kira jam 10.20 pagi secara sederhana di rumah pengantin perempuan.
safee sali nikah
Majlis resepsi sebelah pengantin lelaki akan diadakan pada 28 Disember 2013 di Kampung Dato Kamaruddin Tambahan, Bidor, Perak. Semoga perkahwinan Safee dan Sasha berkekalan sehingga ke akhir hayat. Beberapa lagi gambar pengantin baru ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram FeverPictures.
safee sali nikah
safee sali nikah
safee sali nikah
safee sali nikah
safee sali nikah

Monday, December 16, 2013

Terlalu Sucikah Adi Putra? – Suami Nooraida

Melihat kesungguhan suami Nooraida (wanita yang didakwa mempunyai skandal denan Adi Putra) Amiruddin Othman, nampak gayanya kes ini akan terus hangat sehinggalah siasatan mengenainya dibuka semula. Amiruddin semalam menerusi Kosmo Ahad mempertikaikan kesucian Adi Putra sehinggakan kesemua kesalahan diletakkan pada isterinya.
nooraida
Kata Amiruddin:-
Saya bukan gila untuk mereka cerita ini, saya ini bukan daripada industri hiburan dan hanya orang biasa. Terlalu sucikah Adi Putra sehinggakan semua kesalahan diletakkan pada isteri saya, Nooraida? Jika lelaki tidak memujuk atau memikat, perempuan tidak akan cair. Saya percaya perara ini benar. Saya sebagai suami berani membuat laporan polis supaya keadilan dapat dibela.
nooraida
Nooriada pula mengakui dia melayan mesej Adi Putra kerana keromantikan pelakon itu. Kata Nooraida:-
Pada mulanya saya cuma hantar ucapan ketika Adi pergi umrah. Itu sahaja. Saya memang minat dia. Saya terus layan mesej sebab dia romantik jadi saya memang teruja.
adi
Sementara itu isteri Adi Putra, Aida Yusof pula menyatakan yang mereka tidak gentar dan tidak kisah sekiranya kes ini dibuka semula. Kata Aida:-
Kami tidak kisah jika kes tersebut mahu dibuka semula kerana tuduhan berat sebelah itu dilemparkan oleh suami Nooraida iaitu Amiruddin Othman sedangkan kes tersebut sudah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA). Kami sedia beri kerjasama sekali lagi kepada pihak polis.
Sama-samalah kita nantikan keputusan terkini mengenai kes ini. Kedua-dua pihak nampak yakin bahawa kebenaran berada di pihak mereka. Kalau kes ini dapat diselesaikan secara baik, itu sudah tentu lebih bagus. Mungkin kesemua pihak yang terlibat boleh duduk semeja untuk berbincang. Mana tahu boleh jumpa jalan penyelesaian yang memberi kemenangan kepada mereka semua.

Sunday, December 15, 2013

(52 GAMBAR)Majlis Resepsi Rozita Che Wan & Zain Saidin

Terkesima, terkagum dan tidak berkelip mata Abang Nara melihat gambar-gambar sekitar majlis resepsi perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Perhiasan yang digunakan untuk majlis ini memang sangat-sangat awesome. Secara jujur, perkataan pertama yang terkeluar daripada mulut Abang Nara ialah ketika melihatn gambar majlis resepsi pengantin baru ini ialah “wow, cun gila“.
gambar majlis resepsi rozita che wan
Pasangan mempelai ini memang kelihat sangat berseri-seri dan bahagia sangat-sangat di hari bahagia mereka. Abang Nara doakan agar kebahagiaan ini berkekalan sehingga ke hujung nyawa. Selamat melayari bahtera rumah tangga. Banyakkan bersabar. Kalau nak gaduh pun, gaduhlah secara manja-manja. Moga cepat dikurniakan cahaya mata.
gambar majlis resepsi rozita che wan
Lagi 50 keping gambar sekitar majlis resepsi Rozita Che Wan dan Zain Saidin dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook FotoCantikStudioInstagram AnnasEaskey,Instagram CarlosNizam dan dunia Internet. Tahniah sekali lagi buat anda berdua!!!

gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan
gambar majlis resepsi rozita che wan