Photobucket
Photobucket
Showing posts with label Pelik. Show all posts
Showing posts with label Pelik. Show all posts

Saturday, December 28, 2013

INFO TASIK CHINI | NAGA DAN ULAR BESAR

INFO TASIK CHINI | NAGA DAN ULAR BESAR
Tasik Chini salah satu tasik daripada 12 tasik yang berdekatan dengan Sungai Pahang di Pahang tengah, Malaysia. Tasik Chini yang merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera. Pinggiran tasik berkenaan didiami oleh orang asli suku Jakun.

Sungai Chini, yang mengalir keluar dari tasik itu, mengalir ke dalam Sungai Pahang. Sungai berkenaan diempang untuk mengekalkan kedalaman tasik tersebut semasa musim kering. Walau bagaimanapun, cara ini akan mengganggu ekologi semulajadi tasik itu dan menyebabkan kematian pokok-pokok pada pesisiran tasik disebabkan oleh kenaikan aras air.

Merujuk kepada legenda orang asli, tasik tersebut didiami oleh satu naga yang dikenali sebagai Naga Seri Gumum (kadangkala dirujuk sebagai "Raksaksa Loch Ness Malaysia").Ia dipercayai mengandungi satu bandar purba seakan-akan di Khmer, Kemboja yang terletak di dasar tasik berkenaan, tetapi projek selanjutnya terbengkalai akibat masalah kewangan.

Satu suku orang asli yang tinggal ditebingnya menjadi tarikan pakar pengkaji bahasa kerana bahasa mereka mempunyai kaitan dengan bahasa Khmer, Kemboja yang menjadi asas kepada teori bahawa penduduk asal Melayu telah turun dari kawasan utara ke selatan. Tasik ini juga terkenal dengan musim berbunga lotus dari Jun hingga September. Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Tasik_Chini

Lubang Ular / Snake Hole
Mengikut kepercayaan masyarakat orang asli yang tinggal di sekitar Tasik Chini, mereka menyakini alur sepanjang 200 meter, bermula dari tebing sungai menganjur ke kaki bukit berdekatan, adalah tempat dimana seekor ular yang besar bertapa, seluruh badannya tertimbus oleh tanah termasuklah kepalanya sekali. Hanya nampak lubang hidungnya dipermukaan tanah. Ular besar itu makan dengan cara menyedut haiwan-haiwan seperti kancil, babi dan apa-apa jua yang lalu dihadapannya. Bunyi dengusan hidung ular itu kadangkala boleh di dengari oleh penduduk setempat. Apabila genap tempoh pertapaannya, tumbuhlah empat kakinya dibadan ular tersebut dan akhirnya bertukar menjadi naga yang menghuni Tasik Chini. Sumber dan gambar kredit : http://alyahya.blogspot.com

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Friday, December 13, 2013

GEMPAR!!!! Ayah Pin(ketua ajaran sesat) ditemui di langit!!!!



Ingat lagi? Arifin Mohamad, 66 tahun (2007) atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, merupakan pengasas kepada "Kerajaan Langit" (Sky Kingdom) dan disenaraikan dalam kumpulan agama sesat di Malaysia.

Ajaran sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut Terengganu. Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai "Tuhan" segala agama. Manakala pengikut-pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu tersebut.

Dengan kehebatan Ayah Pin memimpin ajaran sesat Kerajaan Langit itu, ramai orang-orang tempatan malah luar negara dari pelbagai ugama mempercayai dan mengagungkan Ayah Pin bak setinggi langit. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran yang disebarkannya. Ini termasuklah beberapa orang artis tempatan.

Jika hendak diikutkan, Ayah Pin bukannya orang cerdik pandai, malah dia buta huruf dan tidak tahu membaca. Dengan pengikut-pengikutnya itu juga, Ayah Pin membangunkan kawasan Kerajaan Langit dengan teko, pasu dan beberapa lagi replika besar untuk melambangkan kuasa Tuhan yang diamanahkan kepada dirinya untuk melindungi dan memayungi umat manusia.

Selepas hampir 10 tahun giat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa dan agama tempatan. Dan akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin pula ditahan dan disoal siasat serta didakwa di mahkamah. Kawasan Kerajaan Langit juga telah dimusnahkan. Ayah Pin pula menyatakan dia tidak boleh dianggap sesat kerana dia sudah mengistihar keluar dari memeluk Islam semenjak 1998 lagi.

Ayah Pin telah menghilang ketika pihak berkuasa membuat serbuan, dia bersama-sama empat isterinya telah melarikan diri daripada perkampungan tersebut. Paling menghairankan sehingga ke hari ini, jejak Ayah Pin belum ditemui. Ada yang mengatakan Ayah Pin ghaib bersama isteri-isterinya. Ada pula yang berpendapat, ada pihak termasuk pengikut-pengikut ekstremnya cuba menyembunyikan Ayah Pin dari pengetahuan pihak berkuasa. Wallahualam.

Psst! Misteri kehilangan Ayah Pin masih menjadi tanda tanya. Mungkin Alien dah bawa dia lari ke Marikh

Sunday, December 8, 2013

Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat (Mesti Baca!)






























Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut. 

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.

Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. 



TEORI QURAN VS TEORI BARAT

Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.

Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.

Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.

Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).

Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.

Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.

Saturday, December 7, 2013

10 kisah kelahiran yang aneh Dan unik!

1. Wanita yang melahirkan anak-anak dengan waktu kelahiran yang unik


Seorang ibu rumah tangga di Michigan bernama Barbara Sopher, merayakan ulang tahun putrinya, Cearra pada tanggal 10, bulan 10, tahun 2010 (10/10/10), diikuti dengan putranya yang lahir pada tanggal 9, bulan 9, tahun 2009 (09/09/09), dan seorang lagi putrinya yang lahir pada tanggal 8, bulan 8, tahun 2008 (08/08/08). Memang sungguh benar-benar aneh, namun Barbara mengaku bahwa ia dan suaminya tidak pernah merencanakan pola kelahiran anak-anaknya yang unik tersebut.



2. Bayi yang lahir jam 1:11 pada 01.11.2011


Seorang wanita di Minnesota melahirkan tepat pada jam 1.11 a.m, selasa, 11 Januari 2011. Mereka melihat pada jam di saat detik-detik peristiwa kelahiran putri mereka.



3. Saudari kembar yang melahirkan di hari dan di rumah sakit yang sama


Amy Gilbert dan Allison Oliverio yang keduanya berusia 25 tahun, keduanya sama-sama melahirkan di rumah sakit yang sama di kamar yang bersebelahan. Proses melahirkan mereka juga ditangani oleh dokter yang sama. Amy melahirkan bayi yang dinamai Claire, dan Allison melahirkan bayi bernama Garret. Dahulu keduanya menikahi kekasih mereka  dan beda waktu pernikahan mereka berjarak 6 bulan. Mereka mengaku bahwa mereka tidak merencanakan untuk hamil bersama. Dan uniknya, beda kelahiran anaknya berbeda waktu 14 menit, beda beratnya 14 pound, dan 

beda ukuran tubuhnya 14 inchi.



4. 5 Anggota keluarga yang dilahirkan pada tanggal yang sama




Sungguh benar-benar mengejutkan, 5 anggota dari satu keluarga lahir pada tanggal yang sama. Yang paling muda bernama Mila, yang lahir pada tanggal 29 Maret 2010. Keunikan ini dimulai 70 tahun yang lalu oleh Anita Marshall, diikuti dengan putrinya serta cucu-cucunya yang memiliki tanggal kelahiran yang sama dengan dirinya.



5. Wanita yang melahirkan dengan operasi caesar yang dilakukannya sendiri( berani tul pompuan nih..)


Ines Ramirez adalah satu-satunya wanita yang diketahui melakukan operasi caesar sendiri pada proses melahirkan anaknya. Saat itu malam sudah tiba, klinik terdekat berjarak 80 km, sementara suaminya sedang berada di kantin dan tidak ada telepon untuk menghubunginya. Di saat itu, ibu beranak 6 berumur 40 tahun itu terbaring di kursi kayu, dia mengambil alkohol dan sebuah pisau dan mulai memotong perutnya. Dengan penerangan lampu seadanya, dia mulai mengiris sampai ke dalam uterus dan menarik bayi laki-laki dari dalam perutnya. Setelah memotong tali pusar sang bayi, akhirnya dia pingsan, dan setelah sedar kembali, dia menutup luka di perutnya dengan sweater dan menyuruh putranya yang berusia 6 tahun untuk meminta pertolongan. Beberapa jam kemudian, seorang pembantu kesehatan datang dan membawanya ke klinik dengan menempuh waktu 2 jam. 



6. Wanita yang melahirkan 3 jam setelah mengetahui dia hamil


Belinda Waite, 21, telah beberapa kali datang ke rumah sakit setempat selama 9 bulan terakhir dan dia diberitahu bahwa dia memiliki gangguan kehamilan yang serius. Kenyataannya, dia sedang mengandung seorang bayi perempuan yang sehat. Pada tanggal 6 Februari 2010, malam sebelum Louise lahir, Waite pergi ke rumah sakit dengan nyeri di seluruh tubuhnya. Pada jam 10 malam, dokter memberitahu bahwa ia hamil 3 bulan, tapi faktanya dia hamil 9 bulan, dan Louise tiba 4 1/2 jam kemudian pada 2:30 a.m. Miss Waite tinggal bersama partnernya Wyane Boyles, 28, ketika ia mendadak pergi kerja. Bayi putri mereka, Louise Boyles, lahir di rumah dengan bantuan Wayne, ibu Syliva.



7. Kembar yang lahir dengan jarak waktu 1 menit di tahun yang berbeda


Pasangan di Illionis Utara menyambut kelahiran putri mereka pada saat  terakhir 2010, dan putra mereka di minit pertama tahun 2011. Yang putri lahir pada jam 11.59 pm dan yang putra lahir 1 menit kemudian. Sang ayah, Brandon Lewis, mengatakan bahwa salah satu doktor menghitung minit2 pada saat kelahiran tersebut.



8. Seorang ibu yang melahirkan seorang anak, lalu kembar, dan kemudian kembar 3


Seorang ibu dari New York bernama Natasha Wilson, pada awalnya melahirkan seorang anak, lalu tahun berikutnya melahirkan anak kembar. Sebelum kelahiran ke-3, ibu Natasha bergurau bahwa kehamilan berikutnya akan melahirkan kembar 3 (triplets). Dan ternyata benar, tahun berikutnya Natasha melahirkan kembar 3. Keenam anak yang dilahirkannya semuanya laki-laki, sementara Natasha berharap menginginkan anak perempuan.



9. Pasangan yang mempunyai kembar kulit putih dan kulit hitam, 2 kali ( suwitt jer)


Pasangan campuran dari Inggris ini mengalami kejadian yang cukup aneh, mereka mempunyai anak kembar, yang satu berkulit hitam meniru ayahnya dan satunya lagi berkulit putih meniru ibunya. Dan kelahiran keduanya juga menghasilkan kembar yang sama dengan kembar yang pertama. Para ilmuwan berpendapat, bahwa memiliki 2 set kembar yang berpenampilan berbeda merupakan kejadian 



10. Wanita yang melahirkan bayi yang hampir seukuran dengannya


Seorang wanita bernama Stacey Herald yang berukuran 72 cm, melahirkan bayi perempuan berukuran 46 cm yang tidak jauh lebih kecil dari dirinya. Kehamilan membuat perutnya besar yang mengakibatkan tubuhnya menjadi terlihat lucu. "Jika aku berbaring, aku akan tampak seperti bekicot", katanya sambil tertawa. "Aku tampak seperti kentang Idaho dengan lengan dan kaki.", tambahnya.

Gempar! Seorang Gadis Melahirkan Anak Semasa Berjalan (Foto & Video)



Video Seorang Gadis Melahirkan Anak Semasa Berjalan

Seorang gadis remaja dari sebuah daerah Bağcılar Istanbul Turki telah melahirkan anaknya ketika berjalan!

Kejadian ini telah dirakamkan oleh CCTV pengawas lalulintas di sebatang jalan di daerah tersebut. Umur gadis tersebut dalam lingkungan 16 tahun.

Menurut sumber, gadis dan ibu bapanya dalam perjalanan ke hospital..Namun dalam perjalanan ke hospital , bayi tersebut entah macammana terkeluar dari rahim si gadis tersebut. Panik! bayi tersebut di tinggal begitu saja di tepi jalan dengan keadaan masih berlumuran darah. :choler:

Mujur bayi tersebut di jumpai seorang pemuda yang kebetulan lalu di jalan tersebut. Lantas meminta bantuan penduduk tempatan dan membuat laporan kepada pihak Polis.

Sejurus kemudian polis datang dan membawa bayi itu ke hospital berdekatan, untuk diberikan rawatan. Berdasarkan sumber dari saksi dan warga tempatan, pihak Polis boleh mencari orang tua dari bayi tersebut dan langsung diminta keterangan. Keadaan bayi tersebut saat ini dalam keadaan baik dan sihat di hospital.

Jom lihat video di bawah.


s

Thursday, December 5, 2013

‘Orang Tak Betul’ Ini Mempunyai Kefahaman Luar Biasa Mengenai Pesawat Angkasa

Siapa pernah melihat atau terserempak dengan lelaki ini? Lelaki yang sering berjubah ini dikatakan mempunyai ilmu luar biasa terutama dalam bidang matematik dan fizik. Kehadirannya di kawasan pasar-pasar mengundang persoalan, siapakah sebenarnya lelaki ini. Bagaimanakah dirinya mempunyai kelebihan yang sangat unik? Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda tentang kehebatan lelaki ini dalam menyatakan pendapatnya tentang pesawat angkasa.
SAYA hendak sampaikan satu cerita berkenaan seorang lelaki yang dianggap ‘tak betul’ yang telah menghadiri ceramah yang saya sampaikan di USM Tronoh, 10 tahun yang lalu pada bulan Julai 1999.
Semasa seminar itu saya menyampaikan ceramah bertajuk Pelancongan Angkasa – dan percaya saya adalah orang pertama yang menyampaikan ceramah mengenai pelancongan angkasa di Malaysia.
Ceramah saya itu dihadiri oleh seorang lelaki (yang tidak diundang dalam seminar itu), yang berada di situ bersama-sama pelajar Sekolah Kejuruteraan Aeroangkasa USM dan beberapa orang pensyarah mereka serta pelajar-pelajar sekolah menengah tingkatan 4 dan 5 di sekitar Ipoh iaitu seramai 500 orang.
Lelaki ini memang dikenali ramai oleh orang Ipoh kerana sering berada di halaman masjid pada hari Jumaat dan dia akan berceramah mengenai bidang matematik dan fizik. Dia memakai jubah dan serban dan meninggikan suara ketika berceramah serta kerap memberikan komen terhadap pembelajaran matematik dan fizik semasa.
Dia turut menyampaikan ceramahnya di pasar barang terpakai di Ipoh. Malah saya pernah terserempak dengannya di Seksyen 2 Shah Alam pada suatu hari Jumaat ketika dia sedang mencetak nota-nota ceramahnya – mungkin untuk ceramahnya di masjid di Shah Alam.
Ceramahnya kerap menyentuh mengenai space travel. Saya sendiri pernah beberapa kali mendengar ceramahnya. Tetapi, disebabkan cara penyampaian ceramahnya, dia dianggap sebagai ‘tidak betul’ oleh masyarakat.
Saya memang menyedari kehadirannya ketika saya berceramah di USM pada masa itu.
Ketika saya minum dan makan bersama beberapa orang pegawai dan pensyarah pada waktu rehat, seorang daripada mereka memberi amaran kepada saya agar jangan melayan sebarang pertanyaan dari ‘orang tak betul’ tu. Saya tanya, kenapa, dan dia jelaskan bahawa ‘orang tak betul’ itu mempunyai kefahaman yang berbeza dari biasa terhadap konsep space travel.
Saya bertanya, apakah konsepnya, dan dia memaklumkan bahawa, ‘orang tak betul itu’ percaya bahawa cara terbaik untuk melancarkan pesawat angkasa adalah dengan menggunakan konsep kapal terbang iaitu berlepas secara mendatar sebelum terbang menegak ke angkasa!
Tapi pada hari ini, 10 tahun selepas peristiwa itu, konsep ‘orang tak betul’ inilah menjadi perhatian pereka sistem pengangkutan angkasa canggih, kerana itulah konsep pesawat angkasa (spaceplane). Jadi saya merumuskan, ‘orang tak betul’ itu adalah antara orang Malaysia yang paling awal yang dapat memahami konsep spaceplane.
Pada hari ini, ‘orang tak betul’ itu masih lagi menyampaikan ceramahnya di pekarangan masjid pada hari Jumaat dan pasar barang terpakai pada hari Ahad di sekitar Ipoh.
STS-MC bercadang untuk memberikan beliau sedikit ‘penghargaan’ bersempena dengan Ulang Tahun Ke-10 Pelancongan Angkasa di Malaysia.
NORUL RIDZUAN
Institut Kajian Aero Angkasa (STS-MC )

Friday, November 29, 2013

Wajah-Wajah Pelik Para Wanita Setelah pembedahan Plastik

Tuhan telah memberikan kesempurnaan bagi manusia, baik secara fizikal mahupun spiritual dan akal, namun masih juga ada manusia yang merasa bahawa pamberian Tuhan atas dirinya bukanlah hal yang sempurna. Oleh sebab itu ada sebahagian manusia yang berusaha untuk merubah kurnia Tuhan tersebut sesuai dengan keinginannya khususnya pada bahagian-bahagian tubuhnya. Mereka melakukannya dengan pembedahan plastik dan implan silicon pada tubuh yang mereka anggap kurang sempurna.

Usaha untuk merubah bentuk tubuh adalah merupakan bentuk penentangan terhadap undang-undang alam dan sering berbeza bagi para pelakunya atau sekurang-kurangnya akan kelihatan aneh bagi sesiapa yang melihatnya.
Wanita-wanita ini melakukan implan silicon dan pembedahan plastik terhadap bahagian-bahagian tubuhnya, yang dilihat bukannya semakin cantik dan justeru kelihatan aneh









Thursday, July 25, 2013

Anak yang dilahirkan cacat menjadi cantik bila dewasa

Seorang bayi perempuan dilahirkan cacat pada mukanya
tetapi orang tua nya tidak mahu menyerah kalah dan terus berusaha dengan melakukan pembedahan kecantikkan selama 14 tahun dan telah menghabiskan setengah juta dolar untuk membuat pembedahan mukanya.Dan hasilnya sekarang gadis itu menjadi wanita yang cantik...