Photobucket
Photobucket
Showing posts with label Mistik. Show all posts
Showing posts with label Mistik. Show all posts

Wednesday, January 15, 2014

[Sedih] Gagal Hubungi Suami Dalam Kubur


Lain orang lain ragamnya.. Percaya tak wanita ini masih mampu melakukan hubungan batin dengan arwah suaminya yang telah meninggal dengan hanya menyentuh tanah dikubur suaminya.. Namun apa cer? Kenapa sekarang dia tak mampu nak buat macam tu lagi? Nak tahu teruskan pembacaan laporan yang admin kongsikan di bawah.. 

Pipik Dian Irawati


Jakarta: Isteri kepada Jefri Al Buchori atau Uje, Pipik Dian Irawati kecewa apabila mendapati kubur ulama selebriti itu diubah suai menyebabkan dia tidak lagi mampu berhubung ‘secara batin’ dengan arwah suaminya.

Kata Pipik, biasanya dia melepas kerinduannya terhadap Uje dengan memegang tanah di pusara berkenaan.


Namun, katanya, kini ia tidak bisa lagi melakukannya karena sudah ditutupi dengan marmar. “Saya sering duduk di tanah walaupun ia akan mea baju.

“Dengan cara itu saya boleh melakukan hubungan secara batin dan saya boleh menangis,” katanya. Dalam keadaan itu, kata Pipik, dia berasa seolah-olah dapat memeluk Uje.


“Selepas kuburnya diubah suai dan dihiasi marmar, saya cuma mampu berdiri dan melihat sekeliling.


“Terasa seperti ada kejanggalan,” katanya.

Turut sedih dengan perubahan pada kubur Uje ialah keempat-empat anak pasangan terbabit. Sebelum bergelar pendakwa, Uje, 40, pernah terbabit dalam penyalahgunaan dadah serta sering berfoya-foya. Dia juga pernah berlakon filem. 

Dia meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pondok Indah, Jakarta Selatan pada 26 April lalu. - Agensi

Monday, December 16, 2013

Wanita Ini Pulang Sendiri Ke Rumah Selepas Mati

Wanita Ini Pulang Sendiri Ke Rumah Selepas Mati |  Terdapat satu tempat di Indonesia di mana orang-orang tertentu boleh membuat mayat berjalan kaki sekali lagi selepas mereka mati. Kejadian yang berlaku di Kampung Toraja mempunyai ritual aneh dan amat mistik di mana penduduk kampung yang mati kononnya dibangkitkan sebagai zombie.

 Wanita Ini Pulang Sendiri Ke Rumah Selepas Mati

Mayat yang mati di tengah-tengah hutan akan berjalan sendiri ke rumahnya. Ini adalah sejenis amalan di Kg. Trodja (Indonesia). Kawasan di sekitar kampung dikatakan berbukit-bukau. Maka jika ada kematian, mayat akan berjalan sendiri pulang ke rumahnya tidak akan menyusahkan orang untuk mencarinya.



Penduduk kampung percaya bahawa orang yang mati hendaklah ditanam di tempat di mana mereka dilahirkan. Malangnya bagi orang-orang di bahagian ini diIndonesia, kampung-kampungnya adalah agak jauh daripada satu sama lain. Apabila orang mati jauh dari kampung mereka, mereka perlu dibangunkan supaya mereka boleh “berjalan” kembali ke tempat mereka lahir. Walau bagaimanapun, jika anda bercakap atau menegur yang mati secara langsung, mereka hanya akan rebah ke tanah dan tidak akan bergerak semula.

Sunday, December 15, 2013

Bagaimana Mengetahui Kawan Anda Mempunyai Saka

Bagaimana Mengetahui Kawan Anda Mempunyai Saka |SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.

Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam. Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka.

Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya.

Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan seseorang. Maka, penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka.

Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya. Contohnya daripada ibu atau bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucunya, atau seseorang dalam lingkungan keluarga.

Kesan jangka panjang jika seorang yang mewarisi saka ialah mampu menjadikan seseorang itu mendapat sakit sehingga koma atau lumpuh.

Umumnya, kebanyakan orang yang memiliki saka berkebolehan merawat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan. Cara rawatannya dengan menurun menggunakan mantera atau jampi.

Bacaan dan amalan yang dilakukan itu amat meragukan serta sukar difahami. Ia bertentangan dengan syariat kerana mempunyai unsur syirik yang boleh merosakkan akidah.

Jika seseorang itu menyatakan hasratnya pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau ‘layak’ mewarisinya.

Penurunan ilmu saka boleh berlaku secara tidak langsung apabila waris menerima barang tertentu peninggalan si mati seperti barangan kemas, keris, lembing atau tombak.

Syaitan akan sentiasa memastikan setiap manusia atau orang yang mewarisinya sesat ketika sampai ajal mereka. Pada mulanya memang saka kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti melindungi diri, keluarga dan harta benda tetapi itu semua hanya tipu helah untuk menyesatkan manusia.

Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul dalam jangka masa panjang di mana kemuncaknya menyebabkan manusia itu berdosa besar kerana mensyirikkan Allah SWT.

Antara kesan buruk memelihara saka ialah pemiliknya menghadapi seksaan yang amat perit ketika menghadapi saat kematian kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa ketika menemui ajal.
Situasi lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.

Gangguan saka juga menyebabkan seseorang dilanda penyakit misteri. Justeru ahli keluarga atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal.

Bagi mereka yang sudah menerima, berusahalah untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit dengan mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam yang menggunakan al-Quran dan sunnah sebagai kaedah rawatan.

Pengamal Perubatan, Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie, berkata saka adalah perjanjian yang dibuat antara nenek moyang dengan jin laknatullah untuk mendapat kehebatan, kekuatan, kecantikan, perlindungan tertentu melalui perjanjian tertentu dalam tempoh yang ditentukan (tujuh keturunan).

“Saka berada dalam tubuh badan manusia sejak sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia. Ia berlaku sama ada seorang itu mengetahuinya ataupun tidak.

“Jin berkenaan ditinggalkan nenek moyang pembawa saka apabila mereka meninggal dunia. Ketika hidupnya, mereka berkawan atau membela jin berkenaan yang dikenali dengan pelbagai nama dalam masyarakat kita seperti polong, pelesit, toyol dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata terdapat kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka berkenaan.
“Selepas nenek moyang yang membela jin terbabit meninggal dunia, jasadnya mati selepas roh keluar dari badannya. Namun Begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukan seperti manusia.

“Apabila jasad perumah saka dikebumikan, jin akan bebas seperti keadaan layang-layang yang terputus talinya. Maka ia akan berkeliaran di atas muka bumi ini untuk mencari pewaris baru,” katanya.

Sharhan berkata kebiasaannya jin berpindah kepada anak cucu yang mengamalkan jampi tertentu yang diambil daripada si mati.

“Saka turut berpindah kepada waris seperti anak atau cucu yang menyimpan barang peninggalan si mati. Mereka berpotensi besar mewarisi saka disebabkan pernah tinggal serumah bersama si mati.

( Jangan Baca Jika Hati Tisu ! ) Kisah Paling Seram Di Bilik Hotel Melaka!

( Jangan Baca Jika Hati Tisu ! ) Kisah Paling Seram Di Bilik Hotel Melaka | Pagi-pagi macam ni jom kita layan kisah seram. Bagi yang lemah semangat tu tak payah la gatai-gatai nak baca, kang jadi apa-apa jangan salahkan admin. Hehehe. Kisah seram ni dikongsikan oleh seseorang. Kejadian ni berlaku di sebuah bilik hotel di Melaka. Jom baca dan hayati bait-bait ayat. Selamat menyeram! :p
Kejadian yang akan saya ceritakan ini berlaku pada Disember 1988, hari terakhir percutian kami sekeluarga. Kami singgah dibandar Melaka dalam perjalanan pulang selepas bercuti empat hari di Kuala Lumpur. Kami menginap disebuah hotel di ibu kota Melaka. Selepas berehat. kami empat beranak dan seorang anak saudara isteri saya, pergi ke bandar hilir untuk membeli belah dan melihat lihat pemandangan pusat bandar Melaka yang yang bersejarah itu.


Kami pulang ke hotel sekitar 8 malam kerana suasana bandar Melaka telahpun sunyi. Oleh kerana keletihan, anak perempuan kami yang ketika itu berusia dua tahun, terus tidur. Isteri, anak saya dan anak saudara kami berbual bual sambil menonton televisyen. Sekitar 11 malam, mereka semua tidur, sementara saya membaca akhbar. Televisyen tidak saya matikan.
Sekitar pukul 12.15 malam, ketika saya sedang menonton televisyen, tiba-tiba dari bilik air saya mendengar seperti ada orang mandi. Bunyi curahan air dan paip air mengalir dalam air jelas kedengaran. Saya tidak pedulikan kerana mulanya saya sangka mungkin orang bilik sebelah yang bermandi tengah malam. Tetapi bunyi curahan air orang mandi terus didengar. Saya macam tidak percaya, dan mula merasa seram. Untuk menghilangkan rasa takut, saya terus membaca ayat-ayat suci al-Quran. Saya juga tidak berani untuk memeriksa sekiranya betul-betul ada orang didalam bilik air.


Saya tidak kejutkan isteri saya kerana tidak mahu dia merasa takut. Mujur beliau dan anak kecil kami juga tidak bangun. Bunyi orang mandi itu hilang selepas 10 minit. Saya teruskan jugak membaca ayat-ayat suci untuk menjauhkan daripada gangguan lain selanjutnya. Kemudian saya cuba melelapkan mata tetapi tidak dapat tidur semalaman itu sehinggalah pagi. Saya tidak menceritakan kisah seram yang saya alami itu pada isteri dan anak anak saya sehingga beberapa hari selepas pulang ke Singapura.
Kisah ini adalah kisah benar atau rekaan semata-mata Wallahu’ Alam. Sekadar berkongsi...

Thursday, July 25, 2013

Video Hantu Korban Kecelakaan Datang Ke Parti Karaoke


Kali ni kidz nak berkongsi dengan korang satu video + artikel mengenai sebuah parti karaoke di negara Thailand, telah dikunjungi oleh hantu yang telah terlibat dengan satu kemalangan ngeri. Sangat menyeramkan. Jom kita baca dan tonton video itu sama-sama. Mereka yang lemah semangat, tidak digalakkan untuk membaca entri ini. Terima kasih.

Satu lagi video yang menjadi perbincangan hangat dalam rancangan televisyen popular Thailand mengenai video parti karaoke. Tiada apa yang pelik mengenai aktiviti tersebut kerana ianya perkara biasa di Thailand, tetapi apa yang mengejutkan ialah terdapat hantu dalam video tersebut.

Sepanjang parti berlangsung, kamera bergerak secara rambang untuk menangkap gambar kesemua tetamu. Pada masa itu seorang tetamu lelaki duduk di hadapan pintu dan tanpa disedari di sebelahnya terdapat seorang lagi lelaki yang sedang duduk.

Pengacara rancangan televisyen ini turut menceritakan tentang kejadian kemalangan ngeri yang menimpa salah seorang tetamu ketika dalam perjalanan ke parti tersebut sehingga menyebabkan kematian. Walau bagaimanapun, roh lelaki tersebut tetap mahu menyertai rakan-rakannya. Tiada siapa yang menyedari kehadiran lelaki tersebut sehinggalah video ini diulang tayang.

Rancangan ini juga turut memaparkan gambar kemalangan pemuda yang berlanggar dengan lori pickup ketika menunggang motosikal ke parti tersebut. Kecederaannya amat serius sehingga meninggal dunia di tempat kejadian.

Jika kemalangan ini serta parti tersebut mempunyai kaitan, mungkin lelaki ini tidak sedar bahawa dia telah mati dan tetap menghadirkan diri seperti apa yang dirancang.



Wednesday, July 24, 2013

Toyol yang suka mencuri wang dan meraba alat sulit gadis berjaya ditangkap

Betul ke TOYOL?

Penangkapan susuk makhluk yang diyakini sebagai toyol dilakukan secara tidak sengaja. Toyol ini ditangkap oleh Gatot Suwuno ( 55) ketika dirinya tengah berada di sebuah warung kopi. Ketika ditangkap ditangan toyol ini terdapat wang sebanyak Rp 200,000 atau RM 69.70 wang Malaysia. Gatot yang juga dianggap sebagai pakar paranormal oleh warga setempat dan pemilik Warung tersebut yang sering mengadu kehilangan wang.

Selain kegemaran mencuri wang, toyol ini juga suka gemar meraba alat sulit wanita dan anak gadis sebelum melarikan wang di setiap rumah yang dimasukinya. Begitulah seperti yang dilaporkan kepada media Indonesia pada 18/8/2011

4 Buah Hotel Paling Yang Agak Seram



Dibangunkan pada tahun 1886, Hotel Crescent dipercaya sebagai hotel paling angker di Amerika. Ceritanya bermula ketika hotel ini jatuh bangkrap dan kemudian dibeli oleh Norman Baker pada tahun 1937 untuk diubah menjadi Yayasan Penyembuhan Kanser. Ramai pesakit yang datang dan yang tidak sembuh akhirnya meninggal di hotel ini. Sejak itulah, para arwah pesakit banyak yang gentayangan dan sering menampakan diri. 

Hotel Queen Mary


Pada awalnya Queen Mary adalah kapal pesiaran mewah. Ia sanggup berlayar mengharungi Lautan Atlantik kerana kecanggihannya. Saat terjadi perang, kapal ini diambil alih oleh pasukan militer "The Grey Ghost" untuk menjalankan misi perang. Saat itu Queen Mary bertabrakan dengan kapal HMS Curacao sehingga menyebabkan kapal terbelah dua dan 300 orang anak kapal meninggal dunia. Setelah dijadikan hotel, kelihatan banyak hantu bergentayangan di Queen
Mary.

Lizzie Borden Bed and Breakfast  



Hotel ini menjadi angker setelah tanggal 4 Ogos 1892, ketika seorang anak bernama Lizzie Borden membunuh secara kejam ayah dan ibu tirinya menggunakan kapak. Abby borde, ibu tirinya ditemukan tewas diantara tempat tidur dan almari pakaian dekat ruang tamu. Dan ayahnya tergeletak di bawah sofa. Lizzie akhirnya dihukum di Fall River dan meninggal dunia tahun 1927. Ketiga-tiga arwah tersebut kerap gentayangan mengganggu pengunjung hotel. 

The Old Spot Hotel 


Hotel ini merupakan bangunan pertama yang dibangun di Kota Grawler, Australia bagian selatan tahun 1980. Bangunan itu lalu dijadikan tempat perkantoran dengan berbagai aktifitas bisnis. Setelah beberapa tahun kemudian, gedung ini diubah menjadi hotel. Sejak itulah sering muncul kejadian-kejadian mistik misalnya penampakan hantu yang salah satunya yang sering muncul adalah hantu anak kecil. Kisah angker di Old Spot terbukti pada tahun 1990 apabila seorang tetamu dengan tidak sengaja telah menangkap 3 gambar hantu melalui kameranya.

Saturday, July 20, 2013

Misteri! Tangan siapa yang pegang pinggang awek baju merah tu

Ada tangan misteri tengah pegang pinggang makwe yang berbaju merah kiri sekali. Tangan siapakah itu? Kalau mengikut logik, tiada sapa yang boleh pegang sampai ke situ.

Barangkali inilah tangan hantu yang kelihatan dalam gambar.

Imej Pontianak dirakamkan di Menara Condong Teluk Intan

Imej menyeramkan ni katanya dirakam oleh seorang peniaga di Menara Condong Teluk Intan dengan menggunakan handphone..

Menurut sumber, peniaga tu sendiri tak tau gambar yang dirakam tu ada imej horor lagi angker tersebut..

Ia dirakamkan secara tidak sengaja ketika sedang mengemas gerainya selepas tamat waktu perniagaan di ekspo dan karnival jualan sempena sambutan Tahun Baru Cina tengah malam kelmarin.



Wajah ‘gadis’ berpakaian putih yang duduk di bawah Menara Condong Teluk Intan ini mula tersebar meluas melalui telefon bimbit.

Berdasarkan imej kabur itu, kelihatan ‘seorang gadis’ yang sedang duduk sambil merenung ke arah sesuatu.

Seram! Penampakan Hantu Perempuan Bertudung Di Luar Tingkap

Gambar ini dikirimkan oleh F (Nama sebenar tidak mahu disiarkan). Berikut adalah teks yang disertakan bersama-sama gambar ini:

gmbr yg saya hntr ni, berlaku di salah satu IPTA di negara ini (maaf, saya xdpt sebut)..kami mengajar di IPTA tersebut. 

Pada mlm tu, kami menganjurkan program Debate in English, and a friend of mine tgh dukung anak kepada kwn. Mase tgh tangkap gmbr tu, xde sape2 kat kawasan tu sbb semua students berada didalam class. We only noticed ada benda dibelakang kwn saya lepas gmbr ni diupload di facebook (maaf, terpaksa tutup muka kwn and anak kwn). 

Yang peliknyer, kami berada di tingkat 3. yg saya perasan, benda tu berada diluar tingkap, dan tiada siapa boleh keluar dr tingkap tu.Walaupun ada pintu,-utk technician keluar baiki aircond tetapi pintu tu mmg berkunci. kalau ada students luar dr tingkap tu, kami akan marah mereka tetapi, sbb xada sesiapa pun diluar tu. saya sebagai tenaga pengajar di IPTA tersebut xpernah melalui nya lg, tetapi selepas melihat gmbr ni.saya sendiri terkedu. wallahualam. 

Penampakan objek atau makhluk di dalam gambar sememangnya satu fenomena yang tidak dapat diduga. Cuba cek balik koleksi gambar-gambar dalam simpanan anda. Manalah tahu ada penampakan seperti ini. Jangan lupa kongsikan bersama kami.

Akibat Tidak Dapat Angkat, Mayat Tepaksa Dikuburkan Dalam Longkang


Sudah beberapa hari ini warga Pontianak digegarkan dengan berita tentang mayat yang terjatuh ke parit di pekuburan Gang Kesturi Jeruju Pontianak dan tidak boleh diangkat lagi sehingga terpaksa dikubur di parit tersebut walaupun tak sesuai kerana dipenuhi air.
Warga Jeruju yang berada di Jalan Komyos Sudarso di kejutkan dengan susuk mayat tidak dapat diangkat selama empat hari. Warga setempat menemukan mayat perempuan yang sudah membusuk di samping rumah milik seorang penduduk, Rabu (8/6/2011) malam.

Salah satu tokoh masyarakat jeruju, Kawi (40) mengatakan, mayat tersebut merupakan penduduk dari Gang Pisang yang meninggal beberapa waktu lalu dan dibawa ketempat perkuburan yang tidak jauh dari pasar. Namun ketika ditandu oleh orang ramainya, mayat tersebut jatuh kedasar tanah yang di penuhi oleh takungan air.

Setelah mayat itu jatuh dan ketika akan diangkat ternyata berat sehingga tidak dapat diangkat lagi lantaran susah. Akibatnya, dengan terpaksa mayat tersebut dibiarkan begitu saja oleh penduduk dari Gang Pisang.