Photobucket
Photobucket
Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Monday, December 23, 2013

Perkahwinan Safee Sali dengan Gadis Indonesia

Tahniah diucapkan kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali yang telah sah bergelar suami kepada Sasha. Untuk makluman, Sasha berasal dari Indonesia, Majlis pernikahan telah berlangsung semalam, 21 Disember kira-kira jam 10.20 pagi secara sederhana di rumah pengantin perempuan.
safee sali nikah
Majlis resepsi sebelah pengantin lelaki akan diadakan pada 28 Disember 2013 di Kampung Dato Kamaruddin Tambahan, Bidor, Perak. Semoga perkahwinan Safee dan Sasha berkekalan sehingga ke akhir hayat. Beberapa lagi gambar pengantin baru ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram FeverPictures.
safee sali nikah
safee sali nikah
safee sali nikah
safee sali nikah
safee sali nikah

Sunday, December 8, 2013

Kedudukan Pingat Sukan Sea 2013 Myammar

Kedudukan Pingat Sukan Sea 2013 Myammar

*2 emas Malaysia (emas ke 998 dan 999 dalam sejarah Sukan Sea) dan 4 perak diperolehi menerusi acara Wushu

Saturday, December 7, 2013

Hamidin nafi Troussier calon utama jurulatih

hamidin


SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin menafikan beberapa laporan daripada laman sosial yang mendakwa bekas jurulatih Jepun, Philippe Troussier merupakan calon utama pengendali skuad Harimau Malaya menggantikan Datuk K. Rajagobal.
   
"Saya nafikan (perkara ini)...Kalau ada nanti, kita akan umumkan. Malahan Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum ini pernah kata ada beberapa nama (sedang disenarai pendek).
   
"Kita tidak akan tergesa-gesa, sampai masa nanti, kita akan umumkan (jurulatih baharu skuad Harimau Malaya)," katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang media pengumuman senarai 20 pemain akhir skuad Harimau Muda A (bawah 23 tahun) ke Sukan SEA Myanmar, di sini, hari ini.
   
Laporan dalam beberapa sosial hari ini mendakwa FAM sedang mengadakan rundingan dengan Troussier yang berjaya membawa Jepun ke pusingan 16 Piala Dunia 2002 untuk mengendalikan skuad Harimau Malaya dengan tawaran gaji yang sangat lumayan.
   
Jawatankuasa Eksekutif FAM yang bersidang pada 24 Nov lepas memutuskan untuk tidak menyambung kontrak Rajagobal yang tamat pada 31 Dis ini selepas gagal mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu membantu skuad negara layak beraksi ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia.

Ketua jurulatih skuad Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee dilantik selaku pengendali sementara skuad bola sepak kebangsaan bagi menghadapi Yemen pada perlawanan akhir kumpulan D kelayakan Piala Asia 2015, Mac depan.
   
Mengulas lanjut, Hamidin berkata tidak timbul soal perlantikan jurulatih skuad Harimau Malaya yang baharu nanti bakal menggugat perancangan sementara Kim Swee untuk skuad berkenaan menghadapi Yemen.
   
"Di dalam kontrak (yang bakal ditandatangani jurulatih baharu) nanti, kita akan menyertakan semua perkara termasuk Petunjuk Prestasi Utama dan sebagainya yang perlu dicapai oleh jurulatih itu.
   
"Saya jangka dalam tempoh sebulan, dua ini, kita akan muktamadkan nama jurulatih(yang layak)," katanya sambil menambah perlantikan jurulatih skuad Harimau Malaya dan Pengarah Teknikal FAM yang baharu akan turut diumumkan kelak. - Bernama

Sukan SEA: Malaysia di tempat ke-4

Sukan SEA 2013

KEJAYAAN skuad wushu negara menyumbang pingat emas pertama menerusi ratu wushu negara Diana Bong Siong Lin dalam acara Nanquan wanita mencetus semangat juang tinggi dalam kalangan anggota kontinjen negara.
   
Ketika Sukan SEA ke-27 masuk hari ketiga di sini hari ini, kem wushu negara turut menyumbang dua pingat gangsa menerusi Cheau Xuen Tai yang beraksi dalam acara Nanquan wanita dan Phoo Eyin dari acara Jianshu wanita.
   
Namun suasana muram menyelubungi skuad polo air lelaki negara setelah tewas 3-9 kepada Thailand di Zayar Thiri Swiming Pool hari ini.
   
Tambahan satu pingat emas dan dua pingat gangsa hari ini memperbaiki kedudukan Malaysia di tangga keempat dalam carta kutipan pingat dengan kutipan keseluruhan satu pingat emas dan lapan pingat gangsa.
   
Myanmar mendominasi kutipan pingat hari ini dengan mengatasi Thailand dengan kutipan enam pingat emas dan sebutir pingat perak.

Thailand turun satu anak tangga di tempat kedua dalam kutipan pingat selepas mengumpul dua emas, dua perak dan sebutir gangsa.
   
Vietnam mendahului Malaysia satu anak tangga di tempat ketiga dengan satu pingat emas, satu pingat perak dan satu gangsa.
   
Esok tumpuan pingat negara masih pada acara wushu bagi memburu pingat ke-1000 negara selepas mula mengambil bahagian pada tahun 1959.
   
Turut beraksi esok ialah skuad tinju, bola keranjang lelaki dan polo air lelaki. - Bernama

Fuad catat masa terpantas

Fuad catat masa terpantas


AHMAD Fuad Baharudin mengetepikan cabaran Norizman Ismail untuk muncul pelumba terpantas sesi ujian masa CP130 pada pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2013 yang berlangsung di Shah Alam, Selangor, semalam.

Pelumba Faito Yamaha Motobert itu merakamkan catatan terpantas 58.954 saat mengatasi pencabar utamanya itu yang mengekori di kedudukan kedua terpantas dengan masa 59.146s.

Kedua-dua pelumba, Fuad dan Norizman (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) masing-masing bersaing untuk merangkul gelaran juara keseluruhan, juga untuk meletakkan nama sebagai pelumba pertama yang memenangi tiga gelaran juara keseluruhan kelas CP130/Expert.

“Saya tidak menyangka dapat mencatat masa terpantas memandangkan saya masih belum mbegitu serasi dengan jentera terutama disebabkan faktor cuaca yang berbeza-beza,” jelas Fuad yang kini mendahului senarai keseluruhan dengan 128 mata, satu mata mengatasi Norizman di tangga kedua.

“Kami masih gagal untuk mendapatkan pelarasan terbaik. Keadaan jentera saya begitu baik ketika memasuki selekoh namun tidak cukup laju sewaktu di laluan lurus. Kami akan cuba mengatasi masalah tersebut menjelang saingan Superpole dan perlumbaan akhir nanti," katanya.

Saingan ujian masa hari pertama kejuaraan turut menyaksikan tiga rakan sepasukan Norizman, Elly Idzlianizar Ilias, Mohd Affendi Rosli dan Mohd Fitri Ashraf Razali melengkapkan senarai lima pelumba terpantas ujian masa CP130.

Sunday, July 21, 2013

Gambar Safee Sali Bersama Kekasih Baru

Sebelum ini, Safee Sali dilaporkan sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon Julia Hana tetapi kedua-duanya tampil menafikan gosip tersebut. Menurut Safee Sali, beliau memang dah ada kekasih baru, tetapi bukan Julia Hana.
Dan yang terbaru, blog Rotikaya telah menyiarkan gambar Safee Sali dan kekasih barunya sedang membeli-belah di Plaza Senayan, Jakarta yang merupakan salah satu pusat membeli belah mewah dan ternama di Indonesia.
Gadis ini merupakan warga Indonesia & mengambil peluang berjumpa Safee Sali yang kebetulan berada di Jakarta untuk satu perlawanan bola sepak di sana.