Photobucket
Photobucket

Monday, January 27, 2014

15 SEBAB KENAPA DIGALAKKAN KAHWIN MUDA

15 Sebab Kenapa Digalakkan Kahwin Muda | Kahwin muda ataupun kahwin awal merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24. Untuk memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi belajar. Kahwin awal ini kembali menjadi perbualan di mulut para remaja mahupun ibubapa.
Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?


Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :

1. Sudah ada yang berkenan di hati.

Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri suami/isteri dan anak yang soleh/solehah,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang suami/isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?

2. Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan

Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?

3. Mencari ketenangan

Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut.

"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang." (Surah Ar-Rum; Ayat: 21)

Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)

4. Teman dalam pelajaran

Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Suami/Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)

5. Teman dalam kehidupan

Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekarang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.

6. Teman dalam perjuangan

Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!

7. Hilang fokus

Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!

8. Remaja lebih produktif

Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pada usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat? T_T

9. Menjadi lebih bertanggungjwab

Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.

10. Menjadi anak yang soleh/solehah

Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh/solehah dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh/solehah. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh/solehah.

11. Fikiran lebih matang

Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook,  dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.

12. Membaiki diri

Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.

13. Plan jangka panjang

Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan :P

14. Kepuasan yang lebih berkualiti

Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.

15. Rezeki bertambah

Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kekurangan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang boleh ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.

Wallahua'alam

Saturday, January 25, 2014

TRICK FREE INTERNET FOR CELCOM & MAXIS for ANDROID USER!




TRICK FREE INTERNET CELCOM

1) download ni http://upfile.mobi/download_start.php?f=290511&p=&key=f715ffe175eb7d4c9efc87fc31b3342f

2) lpastu pi setting . pilih access point. pastu tukar celcom 3g wap ke celcom 3g internet

3) pastikan kedit o atau luput . kalau ada kedit takot2 kena telan

free internet hnya untuk app ni sahaja.





TRICK FREE INTERNET MAXIS

1) download ni http://ghostbangkitz.heck.in/files/omvodverpng-maxisbbnet-no.apk

2) pi setting kmudian access point name. tukar maxis 3g wap ke maxis 3g internet

3) UNTUK MAXIS KALIAN HARUS LAH TUKAR KE PLAN BBNET
ATAU DI PANGGIL
BROADBAND.... CARA
TUKAR>>>> *100*9*4# &
REPLY 11 & 2 & 1
TERUSKAN.... TUNGGU
SAMPAI MAXIS HANTAR MESSAGES ANDA TELAH BERJAYA TUKAR KE BBNET
UNTUK FACEBOOK GUNA URL NI>> https://mbasic.facebook.com

4) guna masa kedit kosong atau luput . klau ada kedit tkot2 kena telan 

Thursday, January 23, 2014

Penghuni Syurga Terakhir

Penghuni Syurga Terakhir


Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai Penghuni Syurga Terakhir. Kisah ini adalah sebahagiaan daripada cerita-cerita Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’uud.

Rasulullah s.a.w bersabda” Aku mengetahui orang yang paling akhir memasuki syurga. Dia keluar dari api neraka sambil merangkak.

Allah s.w.t berkata kepadanya,”Pergi dan masukklah kedalam syurga”.

Orang itu merangkak mendekati syurga dan padanya terbayang, tentulah syurga itu telah penuh sesak, lalu ia kembali serta berkata: “Ya Tuhan, aku dapati syurga penuh sesak.”
Allah s.w.t mengulangi perintah Nya: “Pergi dan masukklah kedalam syurga”.
Orang itu sekali lagi mendekati syurga dan sekali lagi terbayang kepadanya, mestilah syurga itu telah penuh sesak, lalu ia berkata: “Ya Tuhan, aku dapati syurga penuh sesak”.
Kemudian Allah s.w.t bertitah: “Pergilah dan masuklah kedalam syurga dan bahagiaannmu adalah seluas sepuluh kali bumi.”
Mendengar titah Allah s.w.t, orang itu berkata: “Ya Tuhan, apakah engkau mengejek dan mentertawakan aku, sedang engkau adalah Maha Raja.”
Aku melihat Rasulullah s.a.w. kemudian tertawa sehingga terlihat gigi geraham beliau, sambil berkata: “Itu adalah kedudukan yang paling rendah bagi penghuni syurga.” (Muttaqafun Alaih)
Antara Pengajaran dari cerita ini adalah:
Syurga adalah tempat yang terlalu istimewa dan selesa untuk kita. Keluasannya melampaui bumi. Jika kedudukan orang yang paling rendah adalah sepuluh kali Bumi, bayangkan orang yang memasukinya lebih awal. So Jom sama-sama kita kejar syurga. Jadilah kita insan yang benar-benar bertakwa kepada Allah s.w.t dengan melakukan perkara yang makruf dan menjauhi perkara yang mungkar.

Jaga Diri, Hiasi peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.

BESUT ADA SALJI?



BESUT ADA SALJI?

Suhu di Pantai Timur catat rekod terendah

KUALA TERENGGANU: Suhu di sekitar Besut mencatatkan penurunan sehingga 19 darjah celcius pagi semalam, sekali gus menjadi rekod suhu terendah pernah dicatatkan di daerah itu.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan/Terengganu, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jenuwa Husin, berkata selain itu, Kuala Krai, Kelantan, turut merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah celcius, semalam, sekali gus mencatatkan rekod pertama di Pantai Timur.

"Penurunan suhu itu disifatkan satu rekod, berbanding suhu biasa yang dicatatkan pada kadar paling minimum sebelum ini 23 darjah celcius di dua kawasan itu," katanay ketika dihubungi BH di sini, sebentar tadi.

Katanya, keadaan itu berpunca daripada luruan udara sejuk dari tanah besar China (kawasan bertekanan tinggi) bergerak ke Laut China Selatan yang biasa terjadi ketika monsun Timur Laut.
Memang betul salji turun kat indo. Saintis mmg dah confirm paksi bumi beralih. Malaysia bergerak ke kutub dan menjadi mcm eropah dan negara arab akan ke tropika dan menjadi hijau. Kiamat sangat hampir subhanallah..
salji turun di gunung jaya wijaya. smlm. dilapor oleh tv indonesia. dunia mengalami perubahan cuaca. mengikut saintis menjelang 2015.. asia tenggara termasuk malaysia akan alami iklim meditranean.iaitu panas dan sejuk sepanjang tahun. (panas tp sejuk spt skrg.. dan sejuk melampau bila musim sejuk) tp takde salji.
iklim meditranean spt yg dialami oleh australia skrg

6 Kes Melayu Islam Murtad Yang Gemparkan Negara!! Nauzubillah....

6 Kes Melayu Islam Murtad Yang Gemparkan Negara


1. Lina Joy

Nama asalnya ialah Azlina Jailani. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu, keturunan Jawa dan berumur 42 tahun. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya dan menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur. Beliau pernah memohon untuk ditukar namanya kepada Azlina Lelani pada tahun 1997 tetapi ditolak disebabkan alasan telah bertukar agama Kristian. Permohonan kedua untuk menukar nama kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan kad pengenalan baru tertera perkataan Agama Islam. Ayahnya bernama Jailani bin Shariff dan ibunya bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan cara hidup sebagai Muslim.

 


Azlina mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil baptis yang dikeluarkan pada 11 Mei 1998 dilahirkan oleh ibu bapa Melayu pada 1963. Dia menukar agama Islam kepada Kristian Katolik pada usia 26 tahun pada 1998. Dia telah dibaptiskan dan cuba mendapatkan pengesahanan daripada Mahkamah Malaysia, tanpa melalui mahkamah syariah. Namanya di dalam kad pengenalan berjaya ditukar kepada Lina Joy pada 1999. Selagi dia dikatakan sebagai orang Islam, Lina Joy tidak boleh berkahwin dengan pasangannya yang beragama Kristian, seorang kaum India. Sebaliknya pasangannya hendaklah menukar agama kepada Islam.

  

2. Hartina Haji Kamaruddin

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk. menggelupur dia depan kedai tu.

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Kartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak Kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina.

  

3. Siti Fatimah Abdul Karim

Siti Fatimah binti Ab Karim, 29 tahun dilahirkan pada tahun 1978, merupakan anak kepada pasangan India Muslim, Ab Karim Masoosai bin Abdullah dan Zaleha binti Mohd Ali. Beliau dibesarkan oleh ibubapa beliau mengikut agama Islam dan beliau sendiri mengamalkan ajaran Islam sehinggalah usia 20 tahun apabila beliau melarikan diri bersama teman lelakinya yang beragama Hindu. Namun begitu, dalam affidavitnya dan laporan yang diperolehi Jerusalem Post mendakwa bahawa beliau telah dibesarkan oleh neneknya yang beragama hindu sedangkan mengikut maklumat dari ibunya, nenek sebelah ibunya beragama Islam manakala nenek sebelah bapanya pula beragama Kristian.

Berdasarkan kenyataan dalam laman web juga pada tahun 2001, beliau telah membuat suatu deklarasi melalui ‘statutory declaration’ bahawa beliau seorang Hindu dan menukar nama kepada Revathi Masoosai tanpa membuat sebarang permohonan di Mahkamah Syariah untuk meninggalkan agama Islam. Oleh kerana itu, kad pengenalan diri beliau masih mencatatkan nama beliau sebagai Siti Fatimah binti Ab Karim dan agama beliau adalah Islam. Menurut ibunya, ibubapa serta keluarganya telah berusaha untuk mencarinya dan membawanya pulang ke pangkuan keluarga namun kesemua usaha itu gagal kerana mereka sering diancam oleh keluarga teman lelakinya dan pernah bapa dan adik lelakinya ditahan dalam lokap polis berpunca dari pergaduhan antara kedua-dua belah pihak.

Setelah beberapa tahun melarikan diri bersama teman lelakinya, pada tahun 2004, beliau telah berkahwin dengan teman lelakinya, Suresh a/l Veerappan, seorang Hindu mengikut upacara perkahwinan agama Hindu. Oleh kerana itu, perkahwinan tersebut tidak boleh didaftarkan mengikut mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa kerana perbezaan agama.

Seterusnya, hasil daripada perkahwinan tersebut, pada 19 Disember 2005 beliau telah melahirkan seorang anak di Hospital Besar Melaka. Ibunya telah mendapatkan bantuan Jabatan Agama Islam Melaka untuk mendapatkan anak tersebut memandangkan Siti Fatimah masih seorang yang beragama Islam di sisi undang-undang.

4. Anak-anak Yusof bin Abdullah

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah. Ada anak lelaki,nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap. (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ni, budak-budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

 

5. Nyonya Tahir

SEREMBAN 23 Jan. – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memutuskan bahawa Nyonya Tahir, wanita Melayu beragama Islam tetapi didakwa mengamalkan cara hidup orang Cina dan ajaran Buddha sejak lebih 80 tahun lalu, bukan beragama Islam semasa kematiannya.

Hakim Mohd. Shukor Sabudin dalam keputusannya juga membenarkan mayat Nyonya yang disimpan di rumah mayat Hospital Tampin sejak kematiannya Jumaat lalu, diserahkan kepada keluarga wanita itu untuk disemadikan mengikut agama Buddha.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar dan membicarakan kes-kes berkaitan dengan kepentingan orang Islam termasuk masalah akidah di negara ini.

Katanya, keputusan itu juga berdasarkan afidavit anak bongsu Nyonya, Chiang Ah Fatt, 40, dan keterangan bersama kakak Ah Fatt, Kwang Ying, 43, di mahkamah hari ini.

“Mahkamah yang berpuas hati dengan keterangan-keterangan tersebut memutuskan bahawa Nyonya yang memegang kad pengenalan bernombor 180425-04-5054 @ 02033418 adalah bukan beragama Islam semasa kematiannya.

“Mahkamah juga membenarkan keluarga dan warisnya menguruskan pengebumian Nyonya. Hospital Tampin juga diarahkan supaya menyerahkan mayat ini kepada keluarganya,” kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam penghakiman lisan selepas mendengar permohonan sebelah pihak (ex-parte) oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) serta pengarahnya berhubung pengisytiharan agama Nyonya.

Jumaat lalu, plaintif memohon keputusan mahkamah bagi menentukan status agama Nyonya dan permintaan keluarganya bagi dikebumikan mengikut adat Cina dan agama Buddha.

Plaintif-plaintif diwakili oleh peguam syarie, Siti Harlina Shahran manakala peguam syarie, Koo Chin Nam yang dibantu oleh Kevin Koo S. K. bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Nyonya.

Sementara itu, peguam syarie, Muhamad Burok yang juga Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak persatuan itu.

Terdahulu, Hakim Mohd. Shukor memetik tulisan ulama Islam, Sheikh Abu Sujak dari Kitab Kifayatul Akhyar yang bermaksud: “Barang siapa yang keluar daripada Islam, ia diminta bertaubat tiga kali. Jika bertaubat, dan jika tidak dia dibunuh, dan tidak boleh dimandikan, tidak boleh disembahyangkan dan tidak boleh dikuburkan di perkuburan orang Islam.”

Pada prosiding pagi ini, Siti Harlina memaklumkan kepada mahkamah bahawa Ah Fatt mengemukakan afidavit bagi meminta supaya mayat ibunya itu disemadikan mengikut adat Cina dan agama Buddha.

Antara lain kandungan afidavit itu ialah keputusan laporan penyiasatan Pejabat Agama Islam Alor Gajah, Melaka pada 7 Mei 1986 mengenai laporan bersekedudukan antara Nyonya dan suaminya, Chiang Meng.

Dokumen penyiasatan itu ditulis oleh Pemeriksa Hal Ehwal Agama 1 Daerah Alor Gajah, Melaka, Ab. Azit Abdullah melalui kadi daerah yang dialamatkan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka.

Sementara itu, Kwai Ying berkata, ibunya membuat wasiat dalam akuan bersumpah bahawa dia tidak akan kembali kepada agama Islam dan meminta disemadikan mengikut agama Buddha.

Dalam pada itu, Pegawai Agama Alor Gajah Melaka, Kamarul Saman Yaacub, 42, yang turut dipanggil memberi keterangan, mengesahkan laporan yang dibuat oleh Ab. Azit itu.

Beliau turut mengemukakan salinan asal dokumen itu kepada mahkamah.

Nyonya, 89, meninggal dunia kerana sakit tua kira-kira pukul 4 petang, Jumaat lalu di rumahnya di Taman Indah, Tampin dekat sini.

Status agama Nyonya disedari oleh anggota polis di Balai Polis Tampin apabila anak dan cucunya datang membuat laporan kematian.

Ini kerana dalam salinan kad pengenalan Nyonya jelas menunjukkan dia Melayu dan beragama Islam sedangkan anaknya menggunakan nama Cina dan beragama Buddha.

Petikan: Utusan Melayu 24 Januari 2006




 


 

6. Aisyah Bokhari

Pernah dengar cerita Aisyah Bokhari yang murtad tak lama dulu?Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.

Cerita mengenai isu murtad yang dibawa di sini memang agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita.Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja.Tahun 1998 saja,516 orang sudah murtadAisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kitasendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2.Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhori setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal . Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga.Takde apa yang pelik pada dia, duduk dilembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya.Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

“Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.”

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhori boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.

Butir asal permohonan

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam CinaKristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, “Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh NurAisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.”

Perenggan 23: “Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedangdikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik”.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuanmenyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara’ dengan undang-undang sivil,undang-undang syara’ akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmihendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi…. semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: “Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara’.

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Ibu bapa Nor’Aishah Bokhari, gadis yang kononnya mengisytiharkan dirinya murtad, merayu anak mereka itu agar pulang ke pangkuan keluarga untuk bersama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti tahun-tahun lalu.

Mereka turut merayu jasa baik umat Islam di negara ini untuk mendoakan kerahmatan ke atas Nor’Aishah serta mengerjakan solat hajat sepanjang minggu terakhir bulan Ramadan ini agar gadis itu kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.

Bapa gadis tersebut, Bokhari Md. Tahir, 62, seorang pesara guru, berkata, beliau terpaksa mengetepikan perasaan malu yang akan ditanggung oleh keluarganya kerana percaya anaknya sehingga hari ini masih lagi kekal menganut agama Islam.

”Ramai kawan-kawan saya memberi perangsang untuk membawa perkara ini ke pengetahuan umum kerana mereka percaya saya telah selesai menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ayah dengan baik,” kata beliau dengan nada yang sebak ketika ditemui Utusan di sini, hari ini.

Beliau ditemani oleh isterinya, Samiah @ Aton Taha, 58, kakak dan abang kepada Nor’Aishah, Norashikin dan Nazaruddin.

Nor’Aishah melalui peguamnya mendakwa telah mengikrarkan satu surat akuan yang menyatakan bahawa dia ingin meninggalkan agama Islam untuk memeluk agama Katholik dengan memakai nama Aishah Felicia Bokhari pada 22 Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun kesahihan dakwaan itu masih tidak jelas kerana tiada pengakuan dan keterangan secara terbuka daripada Nor’Aishah sendiri mengenai perkara itu.

Pengakuan yang ada hanya menerusi seorang peguam tetapi ia diragui oleh keluarga Nor’Aishah berdasarkan kenyataan taubat yang dibuat oleh gadis itu di Jabatan Agama Islam Negeri Johor di Johor Bahru pada 18 Disember lalu.

Gadis itu bagaimanapun dilaporkan hilang pada 30 Disember lalu dan kini dipercayai berada bersama teman lelakinya, Joseph Arnold Lee, 28.

Pihak polis tidak menolak sebarang kemungkinan pasangan itu sedang bersembunyi di negara jiran.

Keterangan gadis itu amat penting bagi menentukan kesahihan pengakuannya untuk keluar daripada agama Islam.

Isnin lalu, Nor’Aishah menerusi peguamnya menarik balik satu permohonan writ habeas corpus terhadap bapa, ibu, abang dan seorang bapa saudaranya yang didakwa telah mengurung dan menahan beliau secara paksa.

Nor’ Aishah bagaimanapun tidak hadir pada hari itu.

Bokhari seterusnya berkata, Nor’Aishah, 25, seorang anak yang menerima didikan agama yang cukup ketika menuntut di sebuah sekolah agama di Johor.

”Pendidikan agama yang diterimanya cukup untuk melayakkan beliau menjadi seorang ustazah,” katanya.

Tambahnya, Nor’Aishah pandai membaca al-Quran dan turut menghafal beberapa surah penting.

Menurut Bokhari, Nor’Aishah dengan semua anggota keluarganya cukup baik.

”Kami adik beradik sememangnya rapat dan sering berkongsi dalam banyak perkara,” kata kakaknya, Norashikin.

BOKHARI Md. Tahir dan Samiah @ Aton Taha tidak dapat menahan sebak mengenangkan nasib anak perempuan mereka, Nor’Aishah yang menghilangkan diri sejak 30 Disember lalu. Nor’Aishah kini dipercayai berada di negara jiran bersama teman lelakinya. – Gambar ZAINAL ABIDIN IBRAHIM.

  

Dalil-dalil larangan Murtad

Murtad adalah seburuk-buruk kekufuran, dan diantara dalil keburukannya ialah firman Allah SWT;

وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ.

Maksudnya: Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya) (al-Baqarah. 2: 217) :

Dan firmannya;

مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ وَلَكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Maksudnya: Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah) kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka itu tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (al-Nahl. 16: 106)