Photobucket
Photobucket

Saturday, December 7, 2013

2 Jasa Besar Rosmah Mansor Kepada Negara Yang Tidak Diketahui Ramai

Entah apa dosa wanita yang diberi nama Rosmah Mansor ini kepada puak-puak yang dengki dengan kedudukannya di sisi Perdana Menteri, Najib Razak. Apa saja tindak tanduk Rosmah, pasti akan membuatkan para-para pendengki ini bersuara mengutuk itu ini mengenainya.


Tatkala sibuk para pendengki mengkritik isteri Perdana Menteri itu, mereka sebenarnya sedang berbicara tanpa seurat benang pun. Sibuk menjaga tepi kain orang, tetapi kain mereka sendiri yang koyak rabak.

Najib sedar bahawa, bukan dirinya seorang menjadi perhatian ramai malah tempias itu turut dirasai oleh isterinya, Rosmah Mansor.

Segala yang didengari bukanlah cerita yang baik, malah ramai yang mempersoalkan peranan isterinya selama ini.

Ramai yang tidak tahu bahawa isterinya telah membantu membebaskan pelajar Malaysia ketika Ops Piramid yang lalu.

Rosmah telah menelefon isteri bekas kepada presiden Mesir Suzanne Mubarak bagi membebaskan seorang pelajar Malaysia yang dituduh perisik sewaktu operasi tersebut berlangsung. Pelajar tersebut dituduh sedemikian dan kemudiannya dihumban ke penjara, dalam dua jam, pelajar kita dibebaskan.

Ia merupakan salah satu daripada dua jasa Rosmah yang tidak pernah dimaklumkan kepada sesiapa sewaktu operasi itu dijalankan dua tahun lalu.

Kedua, semasa operasi yang berjalan, Rosmah juga memohon jasa baik kerajaan Arab Saudi dengan "jaringan" dengan keluarga diraja, membolehkan pelajar Malaysia dapat singgah di Jeddah tanpa visa.

Ia diusahakan oleh Rosmah kepada pelajar-pelajar Malaysia. Malah dua kapal terbang Jumbo disediakan secara percuma membawa balik pelajar Malaysia.

Puak pendengki pula, apa jasa mereka kepada negara? 

0 comments:

Post a Comment