Photobucket
Photobucket

Sunday, December 15, 2013

BERITA : Ramai Ditipu Oleh Syarikat P1 Wimax


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sepatutnya mambang rasa tak perlu untuk menerbitkan entry seperti ini. Tetapi memandangkan kita sebagai  pelanggan / ex-customer perlu menyuarakan apa yang sedang kita alami melalui medium ini.

Baru-baru ini, mambang ada terbaca mengenai isu pelanggan wifi modem P1 Wimax di mana para pelanggan dikenakan cas yang berlebihan setelah mereka menghentikan langganan mereka atau membuat termination.


Apa yang dikatakan oleh mereka, bukan sorang atau dua, namun beribu pengguna yang terkena dengan beberapa "penipuan" oleh pihak P1.

Ada yang di antara bil mereka mencecah hingga ribuan ringgit. Jika ada diantara mereka yang gagal menjelaskan bil yang tertunggak, maka secara automatik nama mereka akan disenaraihitamkan serta dimasukkan dalam senarai CTOS.

Di bawah merupakan beberapa luahan pengguna yang kurang berpuas hati mengenai apa yang mereka sedang alami sekarang.






Malah ada banyak lagi luahan pengguna mengenai isu ini yang boleh anda saksikan dengan mata anda sendiri digroup facebook yang ditubuhkan pada setahun yang lalu dan kini telah mendapat perhatian dari beberapa pihak.

Dan anda juga boleh membaca entry yang berkaitan seperti ini di blog-blog ternama seperti Oh! Media dan lain-lain.

Di harap dengan adanya entry seperti ini, pihak SKMM, Tribunal Pengguna dan yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

Soalan mambang di sini : Adakah perlu kita membayar bil sekiranya kita telah menghentikan langganan kita ?

Segala gambar yang terdapat dalam entry ini ada dari facebook dan mendapat kebenaran dari mereka.

0 comments:

Post a Comment