Photobucket
Photobucket

Sunday, December 8, 2013

Hot! Umno Dan PAS Bergabung Nak “Bunuh” Aku, Mat Sabu Mengaku Dirinya Syiah Di Hadapan Wartawan, Bukti Dakwaan @Zahid_Hamidi Ada Asas.







 Syiah didalam PAS sudah lama bertapak..kemuncaknya apabila Mat Sabu pencinta dan penganut Syiah menjadi orang nombor dua didalam parti PAS.
Pisau banyak berkawan dikalangan para ahli dan pemimpin PAS..kalangan mereka banyak mengakui pengaruh syiah cukup kuat .. Lihat imej dibawah pengakuan Nasharudin Tantawi akan kewujudan Syiah didalam PAS..


Jika ditanya kalangan penyokong dan ahli PAS ada dikalangan mereka tidak sedar sudah terpengaruh dengan amalan Syiah..pengaruh fahaman sesat ini menyerap masuk tanpa mereka sendiri sedari..
Apakah salah dakwaan Ds Zahid Hamidi terhadap orang nombor dua PAS..sedangkan Mat Sabu sendiri mengakui beliau pengkagum Khomeini..





Kemudian blog penaminang turut mendedahkan pengakuan Mat Sabu

“Sekarang ini sesetengah pihak dalam PAS sedang bergabung dengan sesetengah pihak dalam UMNO nak ‘bunuh’ aku.” – Laporan Agensi Berita Pro Syiah, Abna.co yang memetik laporan The Malaysian Insider.
Itulah perkataan yang terpancul dari mulut Mat Sabu ketika ditanyakan oleh wartawan ekoran serangan bertali arus media arus perdana terhadap Syiah.
Tidak terperasan ke korang bahawa dari perkataan Mat Sabu itu sendiri sudah membayangkan bahawa dirinya memang adalah seorang Syiah, walaupun dia menafikan kenyataan dakwaan berkenaan. – Penaminang

PAS tidak akan masuk campur mengenai dakwaan Ds Zahid terhadap Mat Sabu.. Mat Sabu orang nombor 2 didalam PAS sepatutnya diberi pembelaan oleh parti sendiri..namun sebaliknya berlaku seolah PAS sendiri mengakui Mat Sabu adalah pengikut syiah..
Seperti biasa seorang syiah tidak akan sesekali mengakui dirinya pengikut ajaran sesat itu..Kaedah takiyah atau tipu daya yang dihalalkan didalam ajaran mereka sering kali dipraktikan..lihat kenyataan Mat Sabu yang menafikan dirinya seorang syiah sedangkan banyak bukti yang didedahkan..

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menafikan tuduhan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa beliau mengamalkan ajaran Syiah.
Mohamad dalam laporan Harakahdaily menafikan dengan keras tuduhan berkenaan dan menyifatkan dakwaan Ahmad Zahid itu sebagai tuduhan berniat jahat.
“Saya Ahli Sunnah Wal Jama’ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama’ah,” dakwanya.
Semalam, media melaporkan ucapan Ahmad Zahid menggemparkan Perhimpunan Agung Umno 2013 apabila meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan ke atas orang nombor dua Pas kerana didakwa mengamalkan ajaran Syiah.
Ahmad Zahid itu ketika sesi penggulungan PAU memberikan ‘lampu hijau’ kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang memegang portfolio agama menjalankan tugasnya.
“Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam Pas. Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu,” katanya.
Dalam pada itu itu, Mohamad atau Mat Sabu berkata akan berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahmad Zahid.
“Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu,” ujarnya.
Pisau kata ” tak boleh biarkan syiah bermaharajalela..sama sama kita PAS dan Umno hapuskan syiah”

0 comments:

Post a Comment