Photobucket
Photobucket

Saturday, December 7, 2013




Najib puji Rosmah atas “jasanya” 
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini memuji isterinya Datin Seri Rosmah Mansor secara terbuka kerana “jasanya” kepada negara. 

Dalam ucapan penggulungannya semasa Perhimpunan Agung Umno 2013, Najib memberikan dua contoh pengorbanan Rosmah kepada negara.

“Saya tak pernah berkongsi tentang ini sebelum ini. Apabila salah seorang pelajar kita ditahan di Mesir kerana dituduh sebagai perisik, isteri saya menelefon isteri Presiden Hosni Mubarak (Suzanne Mubarak) dan dalam masa dua jam pelajar itu dibebaskan.

“Bukan itu sahaja, semasa Ops Piramid di mana pelajar kita tersekat di Mesir semasa kebangkitan Arab, melalui hubungannya, kerajaan Saudi menyediakan dua pesawat Jumbo dan bawa pelajar kita ke Riyadh, walaupun mereka tidak mempunyai visa ke Arab Saudi.


"Mungkin malam ini akan dapat bayaran," kata perdana menteri secara berseloroh disambut dengan gelak tawa hadirin.

Rosmah dikritik bulan lalu kerana menggunakan jet eksekutif kerajaan untuk lawatan peribadinya ke Timur Tengah. - petikan TMI

ULASAN GB

Pertama, "kisah" yang dibawa Najib itu menjelaskan kepada kita bahawa Najib menyedari rakyat sudah loya malah menyampah dengan isterinya Rosmah. Justeru beliau kena lakukan sesuatu untuk "mengangkat" nama isterinya Rosmah.

Kedua, amat kisah itu amat melucukan kerana ia mendedahkan pekung Najib sendiri dimana hubungannya begitu intim dengan rejim zalim Hosni Mubarak yang telah dijatuhkan oleh rakyat Mesir.

Sehinggakan dengan sekali telefon saja, rejim Mubarak telah menerima permintaan Rosmah untuk membebaskan pelajar Malaysia yang dikatakan ditahan di Mesir kerana dituduh sebagai perisik. Entah benar atau tidak cerita itu, wallahualam, tetapi sekiranya benar cerita itu, tentunya hebat kan hubungan mereka?

Jika rejim Mubarak telah dijatuhkan oleh rakyat Mesir melalui plihanraya demokrasi yang telah menobatkan Dr.Morsi sebagai Presiden Mesir menggantikan Mubarak itu, apakah nanti Najib bakal menerima nasib yang serupa?

Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan, dimana Najib tidak berupaya untuk menyembunyikan hubungan baiknya dengan rejim Mubarak yang telah menelan lebih AS$70 bilion harta rakyat Mesir.

Kata pepatah: Birds of the same feather flock together... kantoi tu..


Sumber : GreenBoc

0 comments:

Post a Comment