Photobucket
Photobucket

Saturday, December 7, 2013

Mangsa Banjir Malas Memasak - Petugas Banjir Kemaman

Dikala sesetengah orang atau keyboard warrior complaint itu ini mengenai bantuan banjir. Seorang petugas banjir mendedahkan pula perangai sesetengah mangsa banjir yang tidak bertanggungjawab atau kata lainnya,

"menunggu emas jatuh dari langit"

Sikap mementingkan diri ini sepatutnya tidak berlaku sewaktu menghadapi bencana banjir. Di masa inilah kita harus bersatu padu, tolong menolong, bantu membantu dan bergotong royong sesama kita tanpa mengira darjat seseorang itu.

Baca catatan seorang petugas banjir di Kemaman yang mendedahkan hal sebenarnya.


1. Isu makanan tak cukup langsung tak timbul, sebenarnya mangsa yang malas masak. 

2. Bantuan lewat sampai kerana petugas seperti Bomba, Polis, Pejabat Daerah juga mangsa menjadi banjir. 

3. JKKK, KRT dan Jawatankuasa Masjid memainkan peranan walaupun rumah dan kereta mereka ditenggelami banjir. 

4. Ada JKKK dari kalangan warga emas sanggup kayuh sampan membawa mangsa banjir ke tempat selamat dan pusat pemindahan.

5. Orang kampung saling bekerjasama membantu, sehinggalah pasukan Unit Amal PAS yang datang dengan kenderaan 4x4 dan bawa bot fiber halang lalu lintas. 

6. Anggota penyelamat redah arus deras banjir, demi menyelamatkan orang lain. Bot Pejabat Daerah membawa pertugas perubatan. 

7. Ada pasukan penyelamat berserta bantuan makanan karam di Sungai Pinang, hanya bergantung di tali bot selama setengah jam hingga dibantu rakan yang lain. 

8. Petugas pelbagai agensi di DCC banjir memberi respon kecuali pada permulaan ekoran mangsa berpindah serentak. 

9. Contohnya, di Bandar Baru Bukit Mentok, penduduk 1,500 orang dan bot hanya ada sekitar 50 buah untuk seluruh Kemaman. Ditambah dengan katenah mangsa banjir yang sombong dan terlalu manja. 

10. Kawasan Mak Chili terdiri daripada golongan berada, enggan berpindah awal kononnya rumah mereka dua tingkat dan banjir tak besar. 

11. Apabila paras air dah tinggi, TNB terpaksa potong bekalan. Semua panik dan talian telefon tergendala. 

12. Stok makanan mangsa banjir hanyalah beras, gula, kopi, susu dan wajib ada sardin. Bagi golongan berada, mungkin tidak sesuai. 

13. Selepas program lawatan TPM ke Sek. Men. Keb. Banggol, MB pergi ke Giant beli semua jenis susu tepung bayi ekoran permintaan seorang ibu yang kehabisan bekalan susu. 

14. MB masuk semula ke Sek. Men. Keb. Banggol walaupun lutut dia masih sakit dan berbalut. 

15. Barangan di kedai runcit memang kurang sebab banyak jalan utama Kemaman-Kuantan terputus. 

16. Petrol bukan tiada, tetapi tak boleh 'pump' sebab elektrik terpaksa dipotong bagi elak renjatan.

* Maaf saya sebut, orang yang menjaja cerita fitnah ini memang layak digelar "anjing Pakatan Rakyat" yang suka menyalak dan menjilat.

0 comments:

Post a Comment