Photobucket
Photobucket

Saturday, December 7, 2013

Mat Sabu akui pengikut Ahli Sunnah


mat sabu

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menafikan tuduhan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa beliau mengamalkan ajaran Syiah.

Mohamad dalam laporan Harakahdaily menafikan dengan keras tuduhan berkenaan dan menyifatkan dakwaan Ahmad Zahid itu sebagai tuduhan berniat jahat.

"Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," dakwanya.

Semalam, media melaporkan ucapan Ahmad Zahid menggemparkan Perhimpunan Agung Umno 2013 apabila meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan ke atas orang nombor dua Pas kerana didakwa mengamalkan ajaran Syiah.

Ahmad Zahid  itu ketika sesi penggulungan PAU  memberikan 'lampu hijau' kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang memegang portfolio agama menjalankan tugasnya.

"Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam Pas. Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," katanya.

Dalam pada itu itu, Mohamad atau Mat Sabu berkata akan berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahmad Zahid.

"Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu,” ujarnya.

0 comments:

Post a Comment