Photobucket
Photobucket

Tuesday, December 3, 2013

Rabecca Bengang Erma Fatima Bagi Syiling 5 Sen & Al-Quran

Rabecca Bengang Erma Fatima Bagi Syiling 5 Sen & Al Quran | Rabecca Nur Al-Islam yang menang saman keatas Erma Fatima terkejut apabila menerima wang samannya berjumlah RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen.


Rabecca Bengang Erma Fatima Bagi Syiling 5 Sen & Al Quran

Menurut rabecca, pihak peguam Erma bersama beberapa pembantu menyerahkan wang tuntutan berkenaan di pejabat peguamnya, Nordin Othman pada petang Selasa yang dimasukkan dalam beberapa bungkusan termasuk sebuah kotak yang terdapat Al-Quran.

"Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab Al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?,"

Kata Rabecca lagi, sekiranya Erma berbuat demikian hanya ingin menimbulkan kemarahannya, perkara itu tidak mungkin akan berlaku. Namun kenyataan Rabecca itu dilihat agak berbeza dengan captionnya di Twitter.


Dalam pada itu, difahamkan Rabecca akan memulangkan wang tersebut kepada Erma dan meminta penerbit dan pengarah itu membayar wang tuntutannya dengan cara berhemah.

Rabecca juga mendakwa dia terkejut selepas mendapat tahu Erma cuba mempengaruhi pihak atasan sebuah organisasi media agar tidak menyiarkan apa-apa berita yang mengaitkan mereka berdua berhubung saman berkenaan.

Rabecca Bengang Erma Fatima Bagi Syiling 5 Sen & Al Quran | Rabecca Nur Al-Islam yang menang saman keatas Erma Fatima terkejut apabila menerima wang samannya berjumlah RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen.

"Saya tak faham kenapa dia perlu berjumpa dengan pihak atasan media tersebut meminta mereka tidak mengeluarkan berita tentang hal berhubung kekalahannya di mahkamah?

"Biarlah... apa tindakannya sekalipun, ia tidak akan menjejaskan saya," tegasnya.

copy from kezoom

0 comments:

Post a Comment