Photobucket
Photobucket

Saturday, December 7, 2013

Single Terbaru Hafiz – Jodoh Berdua, Mula Diperdengarkan



Namanya tidak pernah sunyi di bibir para peminat dan media. Setiap hari ada sahaja khabar baru yang disampaikan melalui laman sosial Facebook, Twitter mahupun Instagram. Terbaru, artis versatile ini muncul dengan sebuah single terbaru berjudul Jodoh Berdua.
Jodoh Berdua merupakan hasil kolaborasi komposer terkenal, Azlan Abu Hassan selaku komposer lagu dan lirik pula oleh Hafiz sendiri. Menariknya, menerusi single terbaru Jodoh Berdua, Hafiz Hamidun telah menggunakan khidmat professional dari Australia untuk mastering lagu. Disamping itu, sempena kemunculan single terbaru ini, Hafiz turut mengemaskini gambar komersial terbaru beliau di laman sosial.
Anda boleh mula mendengar lagu Jodoh Berdua nyanyian Hafiz Hamidun di Spotify, iTunes, Amazon dan pelbagai lagi platform digital yang tersedia.
Sebagai bonus, dibawah ini kami kongsikan teaser klip video dan lirik lagu Jodoh Berdua nyanyian Hafiz Hamidun.

Hafiz Hamidun. Sumber: Facebook Hafiz
Hafiz Hamidun. Sumber: Facebook Hafiz

JODOH BERDUA
Hafiz Hamidun

Jika cinta mampu untuk kulukiskan
Garisannya penuh dengan pengharapan

Sentiasa dalam doaku
Menyimpan rasa ingin bertemu
Insan yang masih rahsia
Dan teristimewa

Pencarianku kini telah berakhir
Detik bahagia kini telahpun hadir
Sungguh aku percaya
Ketentuan yang Esa
Jodoh berdua begitulah takdir

Yang terlihat kini hanya anugerah
Dan melafazkan janji yang terindah

Bersedialah menunggu di garis penghujung
InsyaAllah ke syurga
Bersatu kasih kita

Lagu: Azlan Abu Hassan (Warner Chappell Music (Malaysia) Sdn. Bhd.
Lirik: Hafiz Hamidun (Arteffects Sdn. Bhd.)
Mastering: Leon Zervos, Studios 301, Sydney, Australia

0 comments:

Post a Comment