Photobucket
Photobucket

Saturday, December 7, 2013

Sukan SEA: Malaysia di tempat ke-4

Sukan SEA 2013

KEJAYAAN skuad wushu negara menyumbang pingat emas pertama menerusi ratu wushu negara Diana Bong Siong Lin dalam acara Nanquan wanita mencetus semangat juang tinggi dalam kalangan anggota kontinjen negara.
   
Ketika Sukan SEA ke-27 masuk hari ketiga di sini hari ini, kem wushu negara turut menyumbang dua pingat gangsa menerusi Cheau Xuen Tai yang beraksi dalam acara Nanquan wanita dan Phoo Eyin dari acara Jianshu wanita.
   
Namun suasana muram menyelubungi skuad polo air lelaki negara setelah tewas 3-9 kepada Thailand di Zayar Thiri Swiming Pool hari ini.
   
Tambahan satu pingat emas dan dua pingat gangsa hari ini memperbaiki kedudukan Malaysia di tangga keempat dalam carta kutipan pingat dengan kutipan keseluruhan satu pingat emas dan lapan pingat gangsa.
   
Myanmar mendominasi kutipan pingat hari ini dengan mengatasi Thailand dengan kutipan enam pingat emas dan sebutir pingat perak.

Thailand turun satu anak tangga di tempat kedua dalam kutipan pingat selepas mengumpul dua emas, dua perak dan sebutir gangsa.
   
Vietnam mendahului Malaysia satu anak tangga di tempat ketiga dengan satu pingat emas, satu pingat perak dan satu gangsa.
   
Esok tumpuan pingat negara masih pada acara wushu bagi memburu pingat ke-1000 negara selepas mula mengambil bahagian pada tahun 1959.
   
Turut beraksi esok ialah skuad tinju, bola keranjang lelaki dan polo air lelaki. - Bernama

0 comments:

Post a Comment