Photobucket
Photobucket

Saturday, December 7, 2013

iPad Air Mula Dijual Secara Rasmi. Harga Bermula RM1,599 ke RM2,999

  • ohgeekz-ipadair-maxisTablet generasi ke 5 daripada Apple yang menggunakan nama iPad Air mula dijual secara rasmi di Malaysia hari ini, 5 Disember 2013.
Semua pengedar sah Apple seperti Machines, Switch, MacStudio dan Mac City akan mula menjualnya pada pukul 10.00 pagi. Sen Q juga akan menjual iPad Air bermula pukul 10.30 pagi di 10 cawangan mereka iaitu:
senQ Digital Station, IOI Mall, Selangor
senQ Digital Station, 1 Utama, Selangor
senQ Digital Station, Leisure Mall, Kuala Lumpur
senQ Digital Station, Aeon Bukit Indah Johor
senQ Digital Station, Aeon Tebrau City, Johor
senQ Digital Station, CityOne Megamall, Sarawak
senQ Digital Station, Kompleks Karamunsing, Sabah
senQ Digital Station, Miri Bintang Plaza, Sarawak
senQ Digital Station, Sunway Carnival Mall, Penang
senQ Digital Station, Gurney Plaza, Penang
Selain pengedar sah Apple dan Sen Q, Maxis juga mula menjual iPad Air hari ini tetapi hanya model Cellular. Harga rasmi yang ditulis oleh Maxis untuk model Cellular adalah RM 2049 untuk model 16GB, RM 2299 untuk model 32GB dan RM 2649 untuk model 64GB.
ohgeekz-ipadair-maxisplan
Ini pula adalah senarai harga penuh iPad Air bagi versi WiFi dan Cellular yang dijual di Malaysia.
Screen Shot 2013-12-05 at 10.12.44
Setakat ini, hanya iPad Air yang akan dijual, masih belum ada maklumat bilakah iPad Mini Retina Display (iPad Mini 2) akan mula dijual di Malaysia.

0 comments:

Post a Comment