Photobucket
Photobucket

Friday, January 17, 2014

Rozita Che Wan Berang Lelaki Menyamar Dirinya Tempah 70 Pasang Baju Pengantin


Kuala Lumpur: "Saya buat laporan polis bagi membersihkan nama saya bagi menghalang lelaki itu daripada terus menipu orang lain pula" kata Rozita Che Wan mengenai lelaki menyamar sebagai dirnya dan memperdaya pereka fesyen sehingga kerugian RM19,000.

Rozita, 40, yang mendakwa kenal identiti individu di sebalik perbuatan itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, dekat sini, jam 7.30 malam tadi.

Menurutnya, kegiatan penipuan individu itu sampai ke pengetahuan selepas seorang pereka fesyen memintanya bayaran RM19,000 melalui akaun Instagram baru-baru ini bayaran 70 pasang baju pengantin.

Rozita yang mesra dengan panggilan Che Ta berkata, pereka fesyen itu memberitahu menerima tempahan baju pengantin daripanya untuk majlis persandingannya di Kedah.

"Padahal saya tak buat majlis bersanding di Kedah. Saya percaya lelki penipu itu menggodam akaun Instagram saya dan menyamar sebagai saya untuk tempahan dengan pereka fesyen terbabit.

0 comments:

Post a Comment